Keadaan Yasmin Bertambah Buruk, sekarang ini masih lagi bergantung pada mesin bantuan hayat. Marilah kita semua berdoa, semoga Yasmin Ahmad kembali sembuh.
PETALING JAYA: Keluarga Yasmin Ahmad ingin memaklumkan keadaan kesihatan Yasmin telah menjadi lebih buruk. Adik ipar Yasmin, Datuk Dr. Zakaria Zahari berkata, Yasmin masih bergantung kepada mesin bantuan hayat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pakar Damansara.
“Ahli-ahli keluarga menghargai doa berterusan untuk Yasmin dan juga meminta tiada pelawat berkumpul di hospital,” katanya menerusi satu khidmat pesanan ringkas. Zakaria berkata, perkembangan terkini akan diberitahu pagi esok.
Muallaf, filem Yasmin Ahmad akan datang.