in ,

Kayuhan Merdeka GEGAR Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-63

Radio GEGAR menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-63 dengan fasa pertama ‘Kayuhan Merdeka GEGAR’ pada 20 Ogos 2020 di sekitar Kelantan yang disertai oleh sejumlah 63 pengayuh.

  • Antara pengayuh-pengayuh ‘Kayuhan Merdeka GEGAR’ di Kelantan termasuk Shah Muhammad, personaliti GEGAR; YM Tengku Mahisham bin Tengku Mustapha, cucu saudara kepada YAM Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim ibni al-Marhum Sultan Ibrahim; Mohd Badhri Mohd Radzi (Piya), pemain bola sepak terkenal Kelantan, serta belia-belia di Kelantan.

“Kami gembira dapat meraikan Hari Kemerdekaan tahun ini bersama para peminat dan belia di Pantai Timur Malaysia.

Kami juga berharap ‘Kayuhan Merdeka GEGAR’ dapat memupuk rasa penghargaan yang lebih mendalam kepada negara kita sambil meneroka lokasi bersejarah dan tempat-tempat yang menjadi tarikan pengunjung.

Pada masa yang sama, kayuhan ini juga menggalakkan gaya hidup sihat bagi semua. Kami berterima kasih kepada semua peminat-peminat GEGAR atas sokongan mereka yang juga menjayakan ‘Kayuhan Merdeka GEGAR’.” 

Raja Nadia Salwana Raja Hisham, Pengurus Kandungan Gegar
  • Program ‘Kayuhan Merdeka GEGAR’ ini mendapat kerjasama Persatuan Pelancongan Dalam Negeri Malaysia, Kelantan (MITA), Persatuan Kelab Belia Malaysia, Kelantan (MAYC), GoKelantan.com dan badan bukan kerajaan (NGO). 
  • Maklumat lanjut berkaitan ‘Kayuhan Merdeka GEGAR’ dan kempen-kempen boleh didapati menerusi www.gegar.my atau ikuti GEGAR di platform media sosial Facebook dan Instagram. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ain Edruce Akui Dah Mula Diasak Soal Anak

Gambar Hiasan

Tular Video AYAH MASAK KETUM, Ini reaksi Presiden Kesatuan Guru