Rakyat Malaysia dan juga peminat-peminat Kayda boleh mengunjungi halaman Facebook dan Instagram Shopee Malaysia, atau saluran YouTube pada 31 Ogos untuk menonton video muzik tersebut.
Kayda Aziz berkata, “Bekerjasama dengan Shopee untuk kempen Hari Merdeka merupakan pengalaman yang menggembirakan dan ia telah membuka mata saya. Saya memperoleh inspirasi apabila mengetahui tentang beberapa usahawan Malaysia kami yang berjaya yang menjual produk mereka di Shopee. Saya rasa amat berbesar hati untuk menulis lirik dalam lagu ini dan saya berpendapat bahawa e-dagang di Malaysia mempunyai masa depan yang cukup berpotensi untuk berkembang lagi.â€Â
Beliau menambah bahawa peluang yang diberi oleh Shopee merupakan sebuah pengalaman yang berharga baginya. “Kerjasama dengan pasukan mereka juga berjalan lancar kerana mereka mempercayai proses penulisan lagu saya dan memahami gaya ekspresi saya dalam muzik. Walaupun terdapat beberapa batasan disebabkan oleh wabak Covid-19, saya berasa bangga kerana kami masih dapat membuat pengaturan untuk berkumpul bagi menyempurnakan projek ini dengan mengikuti SOP yang ketat semasa rakaman, serta mencipta video animasi yang menampilkan peniaga-peniaga tempatan. Saya amat gembira dengan hasilnya.â€
Berjudul #ShopeeSapotLokal, video muzik berbentuk animasi ini menampilkan enam anggota komuniti penjual tempatan di Shopee dengan tema angkasa lepas bagi memperingati kecekalan mereka di mana mereka bercita-cita untuk menuju dan mendarat di bulan dengan perniagaan mereka. Inilah perumpamaan yang ingin disampaikan melalui video muzik yang dihasilkan.
Barisan penjual dalam video tersebut terdiri daripada Amirah Norman (PotonGuler®️), Zeeda Aziz (Pasar Kedah), Jamie Thoo (Babymart), Juhairi Aziz (Viraller), Farah Suhaimi (Intan Kek Lapis Sarawak) dan Kiridaren Jayakumar (Kedai Buku Bibliophile) yang mempunyai kisah unik dan penuh inspirasi. Dengan lirik yang ditulis oleh Kayda sendiri, beliau menyanyikan tentang usaha dan perjalanan e-dagang penjual-penjual ini dalam bentuk rap sambil mengingatkan kita untuk tidak berputus asa dan percaya pada diri sendiri.
Video muzik berbentuk animasi ini adalah sebahagian daripada inisiatif #ShopeeSapotLokal yang dilancarkan oleh platform e-dagang tersebut bagi memberi bantuan khusus dan untuk meraikan komuniti penjual tempatan. Bagi meningkatkan sokongan yang diberikan, terdapat juga pengambilalihan laman atau site takeover Shop Malaysia Online (SMO) dan Go-eCommerce masing-masing pada 31 Ogos dan 16 September, di mana rakyat Malaysia akan menerima baucar lebih menarik yang menawarkan diskaun hingga 31% apabila para pengguna membeli daripada penjual-penjual tempatan pada kedua-dua hari tersebut.
SMO dan Go-eCommerce adalah inisiatif-inisiatif e-dagang oleh Kementerian Kewangan (MOF), dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang ditugaskan untuk memacu kempen ini dari sekarang hingga 31 Disember 2021.
Kenneth Soh, Pengurus Kanan (Pemasaran) Shopee Malaysia berkata, “Shopee berusaha untuk terus memperkasakan para penjual tempatan kami sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mendorong usaha digitalisasi negara. Video ini membolehkan kami berkongsi kisah kejayaan penjual-penjual kami untuk memberi inspirasi kepada orang ramai melalui cara yang menyeronokkan sambil mendorong rakyat Malaysia untuk menyokong perniagaan-perniagaan tempatan. Selain itu, kami berbesar hati dapat bekerjasama bersama penyanyi rap Malaysia, Kayda Aziz dalam mencipta video muzik ini dengan lirik, kehebatan vokal dan personaliti beliau yang hebat. Kayda, bersama dengan pasukan Shopee, telah melahirkan sebuah karya hebat dan saya sebagai seorang rakyat Malaysia berasa teruja menantikan video muzik ini menjadi tontonan semua. Saya berharap kita semua dapat memberi sokongan kepada para penjual tempatan dan Kayda apabila video muzik ini dilancarkan. Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.â€
Untuk meraikan semangat Kemerdekaan dan perpaduan, Shopee akan menayangkan sebuah siri dokumentari di Shopee Live, ekoran kerjasama bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). Tayangan Dari Merdeka ke Malaysia memaparkan perjalanan negara ini dalam mencapai kemerdekaan dan melahirkan Malaysia, serta kekayaan warisan dan budaya yang dimiliki rakyat Malaysia. Dokumentari-dokumentari ini akan distrim di Shopee Live pada jam 9.30 malam pada 30 dan 31 Ogos, 6, 7, 13, 14 dan 16 September.
Video muzik serta kempen #ShopeeSapotLokal dan Dari Merdeka ke Malaysia diadakan bersempena kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat yang kini berlangsung hingga 9 September. Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum. Para pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz baharu dengan mengambil bahagian dalam permainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpul tiket emas setiap hari.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan menikmati tawaran semasa Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat, layari https://shopee.com.my/m/99.