Pelakon berusia 28 itu menafikan dakwaan dia memilih teman hidup baharunya buat kali ketiga kerana kekayaan yang dimilikinya.
Dalam pada itu, Fatin mengakui selepas bercerai sebanyak dua kali sebelum ini membuatnya lebih serius memilih pasangan hidup dan bukan kekayaan seseorang, meskipun mengaku sudah biasa didekati lelaki berharta.
Jelas pelakon Tentang Bulan itu, dia tertarik dengan suaminya kerana ketampanan dan wajah Aliff yang comel.
Terdahulu, Aliff menanyakan soalan kepada fatin mengenai faktor Fatin memilihnya menjadi pasangan hidup. Penjelasan Fatin tersebut menjawab tuduhan netizen selama ini yang menganggap Fatin mahu lakinya disebabkan kereta mewah dimilikinya.
Fatin Afeefa dan Aliff Awang telah mendirikan rumah tangga baru-baru ini pada 30 Disember lalu dengan sekali lafaz yang bertempat di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.
Perkhawinan mereka telah mencuri perhatian orang ramai apabila jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa yang menata rias wajah pengantin perempuan, sekaligus berkongsi foto Fatin serta mengucapkan tahniah kepadanya.
Sebelum ini, Fatin pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya bersama pelakon Juvana, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun jodoh tidak berpanjangan dan bercerai pada 30 Mei 2017.
Bahkan, perkahwininan tersebut telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adam Aisy Arrian yang berusia 10 tahun. Manakala, menerusi perkahwinan keduanya, turut mempunyai cahaya mata perempuan iaitu Ivy Arrasophia yang berusia tujuh tahun.