Pada malam Sabtu 3 May 2008, Malaysia telah sebulat suara memilih Kay, 22 tahun sebagai pemenang bagi Project Superstar 3.
Selepas berhempas pulas selama beberapa bulan mempelajari teknik vokal dan terpaksa berhadapan dengan proses penyingkiran yang sukar, pencarian bakat baru dalam bidang nyanyian kini telah sampai ke kemuncaknya apabila pertandingan akhir telah diadakan antara dua finalis yang hebat iaitu Kay dan Hau.
Kay telah diisytiharkan sebagai pemenang sekaligus mengalahkan Hau dengan peratusan undi sebanyak 54 peratus, ini termasuk 36 peratus dari undian khidmat pesanan ringkas (sms) dan 18 peratus lagi dari penjualan cakera padat. Manakala Hau menerima sebanyak 46 peratus undian secara keseluruhannya hasil gabungan 34 peratus dari undian khidmat pesanan ringkas (sms) dan 12 peratus lagi dari penjualan cakera padat.
Pertandingan episod kemuncak pertandingan yang penuh suspen dan debaran ini telah diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam dan dipancarkan secara langsung di seluruh negara dari jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.
“Ia merupakan satu pertandingan yang sengit bagi kedua-dua finalis jika dilihat dari segi undian yang diterima semenjak dari mula undian dibuka pada jam 8.30 malam hingga 11 malam. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia akhirnya telah memilih Kay sebagai pemenang musim ketiga rancangan pencarian bakat nyanyian berbahasa Cina ini. Malam ini, Kay membawa pulang gelaran juara, hadiah wang tunai bernilai RM10,000 dan juga kontrak rakaman album bersama EMI,” kata Ketua Pegawai Eksekutif di 8TV Encik Ahmad Izham Omar di majlis sidang akhbar selepas tamatnya pertandingan akhir malam itu.
“Project Superstar bukan sekadar pertandingan nyanyian. Ia merupakan sebuah rancangan dalam mencari penyanyi terbaik yang mempunyai pakej lengkap untuk menjadi pemenang yang mempunyai pakej sikap yang baik, bakat dan juga mempunyai kualiti seorang bintang. Kami amat gembira dengan keseluruhan persembahan yang ditunjukkan pada musim ini dan kami juga berasa bangga dengan prestasi peserta-peserta pada musim ini. Mereka telah melakukan yang terbaik untuk pertandingan ini dan saya pasti mereka telah mendapat pengalaman dan pendedahan yang secukupnya agar dapat membantu mereka meningkatkan mutu persembahan mereka.”
“Tahniah KAY! Anda telah membuktikan anda layak untuk menang dan sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjadikan rancangan ini satu kejayaan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penaja rasmi – Magnum Corporation Berhad dengan kerjasama yang diberikan untuk merealisasikan program ini sehingga ke tahap ini.”
Pusingan Akhir ini juga dikenali sebagai pusingan Battle of the Sexes apabila para finalis perlu membuat empat persembahan solo termasuk satu persembahan lagu baru, satu lagu duet antara finalis dan duet bersama tetamu khas iaitu Michael Wong.
Senarai lagu yang disampaikan pada malam tersebut adalah seperti berikut:
- Finalis Solo Duet Duet bersama Michael Wong
- Kay Forever Happy (A-Mei),
- Lost Memory (Angela),
- Happy Indeed (new song),
- Oxygen Deficiency (Rannie)
- You’re the Song in My Heart (Selina & Lee Hom)
- Only Have Feelings For You (Michael & Maggie)
- Hau New Song (Fahrenheit),
- Only You (Gary),
- Run Away (new song),
- Wall (Nicky Lee) You’re the Song in My Heart (Selina & Lee Hom)
- Never Apart (Michael)
Kemuncak acara pada malam itu ialah kemunculan istimewa dari Michael Wong, seorang penyanyi Cina tempatan yang berjaya menempa nama di Taiwan, Hong Kong dan juga Cina. Michael Wong turut membuat persembahan secara duet dengan kedua-dua finalis dan menyampaikan sebuah lagu popular beliau berjudul ‘Firework’.
Pelengkap acara malam tersebut ialah kemunculan kesemua peserta Top 24 di atas pentas membuat persembahan penutup dengan menyampaikan sebuah lagu berjudul ‘My Sky My Dream’.
Barisan panel hakim tetap, Encik Kuan Chi Yuan (Penerbit Muzik dan composer), Encik Jovi Theng (penerbit muzik dan composer), Encik Christopher Lay (Penyanyi dan composer), Michelle Hsieh (Penyanyi) dan juga Chris Wang (Pengurus Pemasaran – Bahagian Koleksi Cina EMI Music Malaysia) telah memberikan pendapat dan pandangan berbisa mereka kepada peserta berdasarkan dari persembahan mingguan hingga ke peringkat akhir.
Gary Yap dan Cheryl Lee dua orang bintang dan selebriti negara bertindak sebagai hos pada malam tersebut dan sekaligus menjadi malam terakhir mereka mengacarakan rancangan ini sebelum ia berakhir.
Magnum Corporation Berhad terus menjadi penaja utama Project Superstar Malaysia 3. Ini merupakan tahun ketiga kerjasama antara Magnum dan 8TV menerbitkan rancangan realiti yang diterima baik oleh masyarakat. Sementara itu, stesen radio 988 juga hadir memberikan sokongan sebagai stesen rasmi Project Superstar 3.
Project SuperStar 3 terbuka kepada rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 28 tahun yang berkebolehan menyanyi dalam bahasa Mandarin. Hadiah utama yang menanti pemenang ialah kontrak rakaman album.
Project SuperStar 3 mempunyai 3 kategori secara keseluruhannya iaitu Battle of the Duets ( Peringkat Suku Akhir) diikuti dengan Best of the Best (Peringkat Separuh Akhir dan cabaran paling getir iaitu Battle of the Sexes (Peringkat Akhir).
Markah bagi para peserta mengambil kira kombinasi antara undian dari empat juri sebanyak (50 peratus) dan dari penonton 8TV melalui SMS (50 peratus) bagi peringkat suku dan separuh akhir sahaja. Manakala bagi peringkat akhir, 30 peratus dari penjualan CD dan 70 peratus lagi datang dari undian SMS.
Bagi sesiapa yang masih tidak puas menyaksikan program ini mahupun terlepas satu episod ataupun masih mahu merasai kehangatan malam Grand Finale, anda boleh melusuri www.8tv.com.my dan menyaksikan secara online! 8TV juga terdapat di saluran 708 Astro.
[tags]juara superstar malaysia, run away, never apart, underground, unplugged, video, aisyah rozi, ana raffali, anadcat, anna rafali, baju kurung, composer, free hair, gadis melayu, komuter, layar tanchap, lirik lagu, lrt, malaysia, marie digby, lagu finalis af, senarai lagu, konsert akhir af6, stadium putra, duets album[/tags]