in , ,

Kawanku Bintang Dapat Pengalaman Muzik Paling Gempak

Ironinya, dalam satu masa yang sama sekarang ni, ada dua program realiti yang guna perkataan BINTANG. Satunya, Kamilah Bintang dan satu lagi Kawanku Bintang. Okay, tolong jangan konpius ya. Kamilah Bintang adalah program realiti mencungkil bakat kanak-kanak yang akan disiarkan di Astro. Manakala Kawanku Bintang pula adalah program realiti tajaan Coca Cola yang akan disiarkan di TV9. Namun, matlamat kedua program TV ini adalah sama iaitu mencari bintang baru!

Oh ya, sebut pasal Coca Cola, Budiey telah mendapat green light dari Coca Cola yang mana mereka dah bersetuju untuk menaja Parti Ulangtahun Ke-4 Budiey.com. Terima kasih!

Kawanku Bintang

Pada 12 November 2010 lalu, jam 3 petang, Budiey dijemput untuk hadir di Sidang Media Kawanku Bintang Coca Cola di Sri Pentas, Bandar Utama.

Majlis sederhana yang meriah dengan warna merah ini dihoskan oleh Sasha Bashir.

Kawanku Bintang

Ada sebab rancangan ini diberi nama Kawanku Bintang. Cubalah teka. Jawapan ada di hujung entri ini.

Pertama sekali, Budiey nak cakap, hadiah untuk pemenang bagi rancangan realiti ini sangat lumayan. Siapa tak nak kalau diberi layanan VIP di mana-mana konsert seluruh dunia dan juga berpeluang untuk menyertai lawatan VIP ke studio rakaman.

Sebenarnya, ini adalah inisiatif terbaru untuk mempromosikan penglibatan Coca Cola dalam bidang muzik dan industri muzik di Malaysia. Terbaru juga Coca Cola kini dalam rangka mempromosikan Kempen Singing Can. Jadi, rancangan Kawanku Bintang adalah salah satu rangka untuk mencungkil bakat nyanyian dari rakyat Malaysia.

Turut berucap ialah Ms Crystal Lee, Senior Manager, Client Service Group Media Prima Berhad.

Kawanku Bintang

Sebanyak 5 episod akan disiarkan setiap minggu di mana setiap peserta akan duji kemahiran vokal nyanyian mereka di bawah penyeliaan dan latihan yang diberi oleh Coca Cola Dream Team.

Coca Cola Dream Team terdiri daripada jurulatih vokal dan pemuzik profesional iaitu penerbit dan komposer, Helen Yap, perunding penampilan, Peter Lum dan penyanyi terkenal Juwita Suwito. Mereka ini akan mengasah dan memberi tips & teknik bernas bagaimana untuk menjadi seorang bintang.

Tak lupa juga ada sepatah kata dari penaja utama. Mr Agustinus Gunadharma – Head of Commercial Operations, Coca Cola Malaysia.

Kawanku Bintang

Budiey rasa rancangan ni pun cool sebab tak ada penyingkiran. Setiap minggu ada 2 orang peserta akan mendapat peluang untuk dididik dari segi vokal, kareografi, penggayaan imej dan penampilan di atas pentas oleh Coca Cola Dream Team. Ini semua adalah untuk memudahkan lagi bagi mereka mencapai status seniman dan bintang yang profesional.

Setelah mengikuti sesi latihan, barulah semua peserta akan bertarung di episod terakhir rancangan bersiri ini.

Okay, hadiah ganjaran sangat lumayan juga. Hadiah utama : Wang Tunai RM15,000 dan anugerah Pengalaman Muzik Paling Gempak termasuk dua tiket VIP untuk menghadiri konsert di mana-mana tempat di dunia dan pengalaman mengikuti lawatan VIP ke studio rakaman muzik. Pemenang tempat kedua dan ketiga akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000 dan RM5,000.

Semua peserta akan mempersembahkan bakat mereka di depan juri yang dilantik iaitu Yuna, Noh Hujan dan komposer terkenal Aubrey Suwito.

Kawanku Bintang

Peserta rancangan ini terdiri daripada 4 orang penyanyi solo iaitu:

  1. Mohd Amir Iqram (Bo)
  2. Nur Asnida Azhar (Shida)
  3. Fatimah Nazirah M. Ashari (Fatimah)
  4. Nini Arzieana (Nini)

dan satu kumpulan duet bernama Wanted Symphony dan tiga band iaitu

  1. Ask Me Again
  2. Brownees
  3. Statik

Kawanku Bintang akan dihoskan oleh Cheryl Samad dan Qi (pelakon blogger Boy yang memegang watak Budi).

Kawanku Bintang

Kepada pembaca yang nak tonton, jangan lupa tonton Kawanku Bintang pada setiap hari Ahad jam 10 malam mulai 28 November 2010.

Berbalik pada soalan mengapa rancangan diberi nama Kawanku Bintang. Sebab utamanya ialah rancangan ini sebenarnya memberi peluang kepada individu yang ada kawan yang berbakat dalam bidang nyanyian. Jadi, merekalah yang akan menghantar borang penyertaan mengatakan mereka ada kawan yang boleh menyanyi dan mahu menjadi bintang.

Peserta yang terpilih telah melalui ujibakat di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor Bahru. Daripada beratus-ratus yang hadir, hanya lapan peserta sahaja yang terpilih.

Di samping itu, Budiey dikhabarkan penggemar Coca Cola turut berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dalam pertandingan yang akan dilancarkan di seluruh negara.

Dari 1 November – 31 Disember 2010, semua peminat dijemput mencari Sing Can tin bernyanyi Coca Cola yang popular apabila membeli Coca Cola dalam tin 325ml atau secara multipek 6 tin. Sekiranya tin itu berlagu apabila penutupnya ditarik, pelanggan perlu menghubungi 03-80238311 dan menjawab soalan mudah untuk mendapat hadiah.

Nak tahu apa hadiahnya? Coca Cola menawarkan 3 Hadiah Utama Pengalaman Muzik Paling Gempak bernilai RM20,000 setiap satu, 250 Apple iPod Touch (8G) bernilai RM799 setiap satu, 250 XiBuzz docking station untuk iPod bernilai RM599 setiap satu, 500 Apple iPod Shuffle 2G bernilai RM229 setiap satu dan muat turun percuma lagu-lagu artis tempatan, Asia dan Antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.coke.com.my

Gambar selebriti yang sempat Budiey snap:

Yuna

Yuna makin sempoi! Cayok cayok!

Kawanku Bintang

Aubrey tengah jawab soalan dari media

Yuna

Diorang kena jarakkan sikit sebab Noh kan tak lama lagi akan jadi tunangan orang. Sorry Noh, gurau je.

Qi & Cheryl Samad

Hos yang supercool.

Qi

Peace no war!

Cheryl Samad

Makin lawo si Cheryl ni.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saka Jentayu Lakonan Zarina Zainordin, Ungku Ismail Aziz

Black Mentor, Nabil Raja Lawak, Alif Satar Jayakan Jom Jalan