Menerusi komen di Instagram sebuah portal, Ellie berkata ianya tindakan tidak beradab apatah lagi didakwa membawa balik suami kawan baik ke rumah.
Sementara itu, Ellie turut mengatakan sikap Ruhainies tiada hati perut kerana sanggup memuat naik video bersama Aliff ketika berada di set penggambaran di media sosial.
Menurut Ellie lagi, mereka yang bekerja dalam industri seni perlu menjaga ruang dengan rakan lakonan terutamanya yang berstatus suami orang.
“Tu jenis kawan yang tiada perikemanusian, tiada hati perut. Sangat biadab perangainya muat naik video mesra luar biasa di lokasi penggambaran, ‘feeling-feeling’ dengan suami kawan baik.
“Selalunya kami yang bekerja dalam industri, jaga ruang dengan rakan pelakon terutama pelakon lelaki itu suami kepada kawan baik sendiri. Siapa pula yang ajar kena propa konon-konon nak kena ‘feel’ terlebih antara hero dan heroin?
“Yang ‘feel’ terlebih itu diri sendiri. Tuntutan watak boleh je panggil kau aku, tapi bila kamera ‘roll’, bukan personaliti diri kita yang take over the role. Kalau diri kita yang berperanan, maka watak itu tak menjadi. Yang jadi adalah layan cinta lokasi, tapi watak ke laut. Saya seorang guru lakonan,” tulisnya.