‘Kau Ilhamku di Hari Raya’ menggabungkan lagu popular ‘Kau Ilhamku’ dan lagu Raya klasik daripada Saloma ‘Selamat Hari Raya’. Gabungan melodi yang indah ini menghasilkan medley lagu yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia.
Dato’ Amir Firdaus Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Pengerusi di Aurelius Healthcare, berkata “Kami sangat teruja dengan kerjasama ini. Vokal Man Bai dan bakat Amylea dalam menggabungkan dua lagu yang digemari ramai adalah luar biasa. Kami ingin mendedikasikan lagu istimewa ini kepada semua doktor, jururawat serta pekerja-pekerja bidang kesihatan di seluruh negara yang telah bekerja tanpa jemu dan banyak berkorban, terutamanya dalam dua tahun kebelakangan ini. Kami amat mengagumi dedikasi dan kerja keras mereka, dan amat berterima kasih kepada mereka semua.”
Untuk maklumat terkini, ikuti Aurelius Healthcare di Facebook, Instagram, dan LinkedIn.
MENGENAI AURELIUS HEALTHCARE
“To breathe, to think, to care, to love…Aurelius Healthcare”
Diperbadankan pada tahun 2019, Aurelius Healthcare mengkhusus dalam pengurusan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan primer, tertiari dan kuaternari. Ditubuhkan dengan megahnya di Malaysia menerusi pengalaman pengurusan penjagaan kesihatan global, kesediaan kami untuk menawarkan pengurusan hospital tersuai dan bertaraf dunia bagi fasiliti baharu atau memodenkan aset penjagaan kesihatan yang telah kukuh direalisasikan menerusi rangkaian meluas kepakaran industri dalaman kami.
Hospital tertiari penjagaan kesihatan Aurelius memiliki semua pengkhususan perubatan dan pembedahan yang memenuhi spektrum keseluruhan keperluan penjagaan kesihatan pesakit tempatan dan antarabangsa.