Penyanyi antarabangsa, Katy Perry telah pun melancarkan muzik video terbaru berjudul DARK HORSE yang dinantikan peminatnya di Youtube. Sebelum ini, kita sudah tengok muzik video single ROAR terdahulu yang menggunakan tema dalam zoo dan emoji SMS. Jadi kali ini, video ala padang pasir telah menarik perhatian ramai peminatnya. Terbukti, setelah diupload di Youtube pada 20 Februari (semalam), setakat ini, muzik video DARK HORSEÂ ditonton lebih 2.5 juta penonton!
Budiey sudah pun menonton muzik video terbaru ini dan pada pendapat Budiey, muzik video ini sangat menarik kerana menggunakan latar Cleopatra dan zaman pemerintahan Mesir dahulu kala. Dalam video ini juga, Katy Perry berkolaborasi dengan penyanyi Juicy J yang turut memberi idea dan inspirasi dalam pembikinan muzik video DARK HORSE.
“Juicy J is from Memphis, Tennessee so I thought it would be a perfect pairing for a hip-hop/Egyptian music video.â€
Dengan menggunakan hashtag #DARKHORSEVIDEO, bintang terkenal ini telah mempromosikan juga kepada pengikutnya di laman sosial Twitter. Di dalam video ini, Katy Perry berpakaian agak luar biasa dengan gaya ala Katy-patra dengan solekan yang agak tebal dan berwarna terang. Jika diperhatikan pada giginya, seakan Katy mengenakan cincin permata pada gigi dan ini dikatakan sangat pelik sebab tak pernah dibuat orang. Menurut penyampai radio, Ryan Seacrest dalam satu temubual di radio, beliau menganggap Katy bijak mencipta kelainan dengan menggelarkan Katy sebagai ’The Million-Dollar Mouth.†Kalau tengok betul-betul, muzik video ni agak lucu pun ada.
“We had it made for the music video because, [in the video] I am the Queen of Memphis, Egypt. I didn’t get to keep it obviously. But I got to put it in my mouth, I got to slobber all over those jewels. That’s not a euphemism.â€
Jadi, dah tonton muzik video terbaru Katy Perry? Apa pendapat anda? Lontarkan pendapat anda di ruangan komen kat bawah ni ya.