in

Katy Perry Bengang Akaun Twitter Digodam

Katy Perry Bengang Akaun Twitter Digodam. Twitter milik penyanyi Katy Perry yang mempunyai 89 juta pengikut telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab pada Selasa lalu.

Daily Mail melaporkan peminat yang pada awalnya tidak mengetahui bahawa akaun berkenaan telah digodam berasa pelik dengan status ditinggalkan penyanyi itu yang berbaur jahat dan bersifat perkauman.

Malah isu pergaduhan Katy dengan penyanyi Taylor Swift sebelum ini turut dibangkitkan kembali.

Pihak pengurusan Katy yang berjaya menghidu tindakan tersebut terus memadam status-status berkenaan selepas 15 minit ia dimuat naik.

Bagaimanapun pengodam berkenaan berjaya menyebarkan lagu terbaharu Katy yang berjudul Witness 1.3 menerusi sebuah akaun lain iaitu Sway (@sw4ylol) namun ia berjaya dipadam oleh pihak syarikat rakaman Universal Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Webe Community Unlocks A Hat Trick!

Promosi Tempat Duduk Percuma Airasia Kembali Lagi