Penyanyi Yunalis Zarai mengakui sangat bangga dicalonkan dalam kategori Most Inspiring Asian Woman untuk acara berprestij E! People’s Choice Awards dan terharu menerima pengiktirafan berkenaan.
Yunalis atau Yuna, 32, berkata pencapaian itu semestinya sangat bermakna apalagi dia sendiri mengakui tidak pernah terfikir mahupun merasakan kurang layak dicalonkan bersama nama lain dalam kategori itu.
Kata Yuna menerusi akaun Instagram beliau, selepas melalui pelbagai perkara untuk berada di tahap sekarang, akhirnya bakat beliau sebagai pemuzik wanita Asia yang beragama Islam dipandang oleh masyarakat dunia.
“So to be recognised as an inspiring Asian women means a lot to me.
“I worked hard and gone through a lot of things, sometimes not so pleasant things i fought really hard to stay true to my roots,”
“Apabila pertama kali masuk dalam industri, saya sentiasa berasa diri ini kerdil dan tidak layak. Saya merasakan diri ini adalah sangat asing daripada semua sudut.
“Maka, untuk diiktiraf sebagai antara wanita Asia paling menjadi inspirasi adalah hal yang sangat bermakna. Saya bekerja keras, mengharungi pelbagai cabaran dan kadang-kadang berhadapan pengalaman yang kurang menyenangkan.
“Bagaimanapun, saya tetap berjuang untuk terus teguh dengan jati diri dan bangga dengan asal-usul sebagai warga Asia Tenggara. Akhirnya, usaha ini berbaloi apabila diiktiraf sebagai artis Muslim Asia di seluruh dunia,”
– Yuna
Penyanyi yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu turut memanjatkan kesyukuran dan berterima kasih kepada pihak penganjur terhadap pencalonan terbabit.
Di ruangan komen ramai netizen mengucapkan tahniah serta berbangga dengan pencapaian Yuna yang berjaya menempatkan diri di arena muzik antarabangsa. Malah penyanyi antarabangsa Anggun juga turut mengucapkan tahniah kepada Yuna.
Selain Yuna, aktres terkenal Bollywood iaitu Alia Bhatt serta aktres popular Indonesia iaitu Raline Shah turut tercalon untuk kategori yang sama.
“Terima kasih E! People’s Choice Awards untuk pencalonan ini dan semoga anda bantu mengundi saya,”
– Yuna
Selain Yuna, tujuh calon lain yang turut tercalon adalah Alia Bhatt dari India, Chutimon Chuengchareonsukying (Thailand), CL (Korea Selatan), Jung Yu-Mi (Korea Selatan), Praya Lundberg (Thailand), Raline Shah (Indonesia), dan Zhou Dongyu (China).
E! People’s Choice Awards bakal berlangsung pada 11 November depan di Barker Hangar, California, AS serta bakal dihadiri ramai artis ternama dari Hollywood dan seluruh dunia.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti meninggalkan ucapan tahniah dan berbangga dengan pencapaian penyanyi berusia 33 tahun itu.
“Wow, major congrats dear,” komen penyanyi Anggun.
“Idola!” komen penyanyi Daiyan Trisha.
“That’s how it’s done. Voted!” ujar seorang netizen yang telah mengundi.
Malah, Yuna turut menyeru pada semua peminat dan rakyat Malaysia untuk mengundinya bagi membolehkan dia merangkul pengiktirafan itu.
Anda boleh memberikan sokongan dengan mengundi Yuna di sini.
Selain Yuna, antara selebriti terkenal Asia yang turut sama tercalon adalah Raline Shah (Indonesia), Alia Bhatt (India), Jung Yu-Mi (Korea) dan ramai lagi.
Apa lagi rakyat Malaysia, ayuh kita undi Yuna di https://pca.eonline.com/ap/the-most-inspiring-asian-woman-of-2019.