in ,

Kasual & Santai di Eye On Fashion Bersama Farah Asyikin

Bercuti selama dua hari untuk selesaikan hal personal tak bermakna Budiey tak dapat siarkan berita terkini tentang event atau function yang berlaku dalam industri. Seperti semalamnya, Budiey terpaksa menghantar wakil untuk ke The Eye On Fashion – Secretaries Week Celebration Night 2010 yang diadakan di Scrumptious Restaurant yang terletak di No. 5, Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.

Sidang media untuk sambutan makan malam ini diadakan beberapa minggu yang lalu. Selang beberapa hari selepas itu, Budiey dikhabarkan tarikhnya ditunda kepada 5 Mei 2010 di atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Di sana Budiey juga sempat berkenalan dengan pemilik restoran yang baru 2 bulan dibuka ini. Sangat mesra, down to earh dan ramah orangnya. Restoran ini ada laman web ya, jadi bolehlah layari laman web restoran ini iaitu www.scrumptious.com.my . Sesuai untuk acara atau party dan sebagainya.

Bercakap pasal Eye On Fashion ni mengingatkan Budiey dengan Eye On Malaysia – roda tinggi yang berputar 360 darjah yang dibangunkan untuk pelancong dan kita semua di mana ia terpacak untuk beberapa tahun di Tasik Titiwangsa. Banyak kenangan tersemat di Eye On Malaysia sebenarnya. Walaupun sudah tiada Eye On Malaysia masih lagi disebut. Contoh terdekat, minggu lalu, pengacara popular Fara Fauzana telah mengadakan gathering bersama peminat di tapak itu sambil makan ais krim. Dengarnya, memang dapat sambutan daripada peminat Fafau.

Okay, Budiey tak nak cakap panjang pasal Fafau ajak peminat makan ais krim sebab Budiey tak sempat nak singgah kat situ. Kita cakap pasal event yang berlangsung semalam ni, dengarnya walaupun dibuat dalam skala yang kecil, sambutan minggu setiausaha ini mendapat sambutan menggalakan. Cuma semalam, ramai yang dah tempah tempat duduk tak dapat hadir. Mungkin sebab hujan atau masa tak mengizinkan atau pun jalan jammed, tak tahu lah kenapa.

Apa-apa pun acara berlangsung dengan jayanya. Lancar.

Video rakaman di event ini:



Farah Asyikin Tampil Dengan Single Terbaru ADA MU

Part 2: Farah Asyikin Nyanyi Lagu Ada Mu & Breakaway

Sambutan Minggu Setiausaha ini dilihat agak berbeza sikit sebab dia dibuat dalam suasana kasual dan sangat unik. Selain diadakan pada waktu malam, ia juga mempunyai konsep yang lain dari yang lain kerana dimulakan dengan pertunjukan fesyen yang menampilkan rekaan terbaru dari pengeluar pakaian ternama, Voir & Voir Shoes.

Pada jam 8 malam tadi, The Eye On Fashion yang dihoskan oleh bekas penyampai Radio Suria FM, Akhtar ini juga telah menjemput penyanyi yang dah lama tak muncul iaitu Farah Asyikin. Menurut kata Farah, sebab lama tak muncul tu bukanlah bermaksud dia nak menjauhkan diri daripada peminat, tapi beliau sibuk dengan pelbagai undangan menyanyi di majlis-majlis tertutup. Budiey juga difahamkan, Farah Asyikin sangat sibuk dengan pembikinan lagu terbaru di mana beliau sendiri yang arrange lagu dan lirik.

Dan kemunculan Farah Asyikin di Eye On Fashion 2010 With Farah Ashikin ini dianggap satu ‘appearance’ bagi mengadakan persembahan secara umum pada tahun ini.

Beliau telah menghiburkan semua dengan 5 buah lagu secara akustik diiringi dengan alunan gitar. Antara lagu yang dinyanyikan, Hello, Dari Sini Ke Bintang-Bintang, Breakaway (Kelly Clarkson), dan tak lupa single terbaru Farah Asyikin, ADA MU.


Farah Asyikin kini lebih ceria dengan ADA MU

Single ADA MU dianggap lagu yang sangat berbeza dengan lagu-lagu FA sebelum ini kerana lagu ini sungguh tenang dan matang. ADA MU mengisahkan tentang cinta secara umum. Konsepnya muzik akustik dimana nyanyian saya hanya diiringi oleh petikan gitar secara akustik. Farah Asyikin memang menggemari lagu yang tenang sebegini kerana ia lahir tulus dari hati. FA harap lagu ini dapat diterima ramai dan dapat mewarnai lagi industri muzik.

Hadirin dijamu dengan makan malam lazat hidangan eksklusif dari Restoran Scrumptious iaitu:

Starter:
Roasted pumpkin soup with coconut milk foam

Main Course
Grilled medallion of tenderlion with mushroom ragout, mash potato and tyme sauce or roast chicken breast served with sweet corn puree and aranchini with roasting juice.

Dessert
Traditional sago gula melaka served with ice-cream

Drinks
Scrumptious mint voilet.

Selain dapat makan malam, semua yang hadir diberikan free doorgifts yang ditaja oleh penaja iaitu Voir, Relaxis, Jelitayu Marketing, Scrumptious Restaurant dan banyak lagi.

Tak lupa, diorang ni berpeluang untuk memenangan hadiah menarik untuk cabutan bertuah.

Majlis selesai dalam jam 11 malam. Ternyata, semua berpuas hati dan terhibur.

Terima kasih kepada penganjur kerana sudi menjemput Budiey.

Lama betul tak dengar berita pasal Akhtar, Budiey dikhabarkan Akhtar kini menjadi hos Rentak Juara di RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Jaclyn Victor di Red Carpet AIM 17

Nabil Zamanhuri Menang di The 11th Pan Asia Music Festival 2010