Mic On adalah program realiti pertama yang mencungkil bakat nyanyian peserta dengan cara yang berbeza. Keunikan program realiti ini adalah kerana peserta Mic On ini akan diuruskan oleh tiga orang pengurus yang sebenarnya tidak mempunyai pengalaman dalam nyanyian langsung malah mereka adalah pelawak serta pelakon. Fad, Ropie serta Shuk akan memikul tanggungjawab dalam mendidik anak didik mereka.
Dalam episod 2 Mic On, cabaran bukan hanya untuk peserta malah untuk pengurus-pengurusnya sendiri. Setiap pengurus harus memilih empat peserta untuk dijadikan anak didik mereka. Ketiga-tiga pengurus ini harus membuat pemilihan melalui bakat yang dimiliki oleh peserta-peserta ini mengikut strategi yang dibuat oleh pengurus. Pemilihan peserta ini akan menjadi pendebatan yang sengit di antara ketiga pengurus ini kerana ada diantara mereka memilih peserta yang sama.
Pengurus-pengurus ini akan mengumumkan siapa yang akan menjadi anak didik mereka. Peserta Top 12 Mic On tiada hak untuk memilih pengurus mereka dan mereka juga tidak boleh membantah keputusan yang telah dibuat. Mereka harus akur walaupun ada peserta yang mempunyai strategi untuk menjadi anak didik salah seorang pengurus tetapi tidak dipilih untuk menjadi anak didik pengurus tersebut.
Team Syuk | Team Fad | Team Ropie |
Mayuji Azmi (Yujie)Siti Wan Ainnur (Ainnur)Mohd Tazrin (Tazrin)Siti Akmal (Meerlyn) | Azmi Khan (Azmi Khan)Mujtaba Habibur (Habib)Muhammad Firdaus (Jiwa Firdaus)Muhd Shafique (Qmir) | Harun Abdul (Aaron)Ermanshah (Erman Braka)Muhammad Yadzir (Yad) Muhammad Rushairi (Sunio) |
Dalam episode ini juga, akan diperkenalkan siapa mereka sebelum menyertai Mic On. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mempunyai bakat nyanyian tetapi tidak diberi peluang untuk menunjukkan bakat itu.
Pada episod 1 Mic On, peserta diberi cabaran iaitu Gaya On dan Suara On untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Setiap minggu peserta Mic On ini harus menyanyi lagu mengikut tema yang diberikan. Mereka akan diberi markah berdasarkan nyanyian serta persembahan bagi merebut hadiah utama bernilai RM 10,000.
Penonton boleh mengikuti perkembangan terkini Mic On melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV dan siaran tertunda Mic On boleh ditonton melalui laman web rasmi www.awesometv.my.
@awesometv.my | |
Awesome TV | |
Tik Tok | @awesometv.my |
Awesometv_my | |
Youtube | Awesome TV |