in

Kartina Aziz Dalam Drama Kerana Cucu

’KERANA CUCU’ PAPAR REALITI TAKUT BERGELAR NENEK DAN DATUK DI TV1

Tidak semua golongan ibu mahu pun bapa yang sedia mahu bergelar seorang datuk dan nenek meskipun hakikatnya usia mereka sudah layak memikul gelaran itu.

Apatah lagi bagi golongan yang begitu mementingkan status dan kerjaya. Mereka takut dibayangi usia yang sudah semakin berumur dan dilabelkan ’tua’ kerana sudah memiliki cucu.

Kisah yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita ini dikongsi sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi telemovie menarik bertajuk Kerana Cucu yang menemui penonton pada 22 Oktober 2010, jam 10.30 pagi di TV1.

Drama yang menggandingkan pelakon Omar Abdullah dan Kartina Aziz sebagai watak utama ini menceritakan tentang kisah sepasang suami isteri Datuk Kamal dan Datin Hana yang belum bersedia menjadi datuk dan nenek kerana merasakan mereka masih muda. Mereka mempunyai pesepsi ‘Cucu’ hanya di punyai oleh orang yang telah tua dan bersara yang tidak produktif dan selalu ‘ejek’ mereka yang sudah bercucu.

Pada usia perkahwinan yang sudah menjangkau 22 tahun, perhubungan Datuk Kamal dan Datin Hana sudah ‘suam’. Datuk Kamal, seorang tokoh korporat, yang mempunyai ramai teman wanita. Datin Hana, seorang yang penyabar. Datin Hana banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Yang mengikat perkahwinan mereka adalah kasih sayang mereka berdua pada anak tunggal mereka Asila yang sekarang sedang belajar di London.

Asila memberitahu Datuk Kamal dan Datin Hana, supaya menerima peminangan dari Azmir pilihan hatinya yang sama-sama dengannya menuntut di London. Datuk Kamal dan Datin Hana marah dan kecewa dan mereka saling cari kesalahan antara satu sama lain kenapa Asila tidak berbincang langsung dengan mereka.

Ada kawan-kawan yang nasihat supaya direstukan saja perkahwinan Asila. Maka, mereka ‘terpaksa’ memberi restu dengan syarat Asila tidak mendapat anak sehingga habis belajar. Berkali-kali Datuk Kamal dan Datin Hana beritahu Asila, mereka belum mahu menjadi ‘atuk’ dan ‘nenek’.

Asila dan Azmir pulang ke Malaysia selepas melahirkan Raina. Walaupun Azmir tidak setuju, Asila meminta Datuk Kamal dan Datin Hana menjaga Raina sehingga dia habis belajar. Sekali lagi Datuk Kamal dan Datin Hana terpaksa ikut kehendak Asila. Dengan berat hati Datin Hana menjaga Raina. Di sebabkan pembantu berhenti kerja, Datuk Kamal terpaksa menolong Datin Hana menjaga cucu.

Maka bermulalah perubahan pada Datuk Kamal dan Datin Hana. Mereka mulai menyayangi Raina. Segala perjumpaan Datuk Kamal dengan teman wanita makin berkurangan. Datin Hana juga sudah berubah. Raina membuatkan mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama. Datuk Kamal dan Datin Hana seperti pasangan muda yang baru dapat anak pertama. Kemana saja pergi bertiga.

Selepas beberapa tahun, Asila dan Azmir pulang. Mereka nak membawa Raina ke London disebabkan Azmir berjaya melanjutkan pelajaran. Datuk Kamal dan Datin Hana tak izinkan sebab Raina masih kecil untuk di jaga oleh Asila yang tiada pengalaman. Walaupun Azmir tidak setuju tetapi dia akur nasihat Datuk Kamal.

Kehidupan Datuk Kamal, Datin Hana dan Raina makin bahagia. Raina telah mengeratkan kembali kasih sayang dan hubungan Datuk Kamal dan Datin Hana. Datuk Kamal makin fokus dengan kerja kerana dia ingin memberi satu kehidupan yang lebih ‘’mewah’ kepada Raina.

Satu hari demam panas. Walaupun telah diberi suntikan dan ubat, badan Raina masih panas. Mereka menjaga Raina dengan sebaik-baiknya. Mereka juga baru sedar jauhnya mereka dari Allah. Mereka berdua berazam untuk belajar balik Al Quran sebelum semua ayat-ayat Allah itu mereka lupa semuanya.

Pada masa yang sama Asila dan Azmir pulang. Mereka ingin mengambil Raina kembali. Azmir sudah bekerja di London. Datuk Kamal dan Datin Hana begitu sedih dan kecewa keputusan anak dan menantunya, namun mereka terpaksa melepaskan cucu kesayangan kepada ibu bapanya.

Apakah yang berlaku seterusnya selepas pemergian Raina mengikut ibu dan bapanya menetap di London? Adakah datuk dan neneknya itu berubah kembali dengan kehidupan lama mereka? Drama menarik ini turut dibintangi oleh Firdaus Abdul Rahman, Bea Rameshan, Zulkarnain Ramly, Nur Fureena Ezlin dan Aliza Abdullah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yalal Chin Meninggal Dunia

Aran, Azhar & Asyraf Hos Khabar Haji Musim Kedua