Karnival Wow yang telah berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Mei yang lalu telah mendapat sambutan yang sangat meriah dengan pengunjung lebih daripada 250,000 orang! Karnival Wow ini telah menawarkan pelbagai program menarik buat warga belia dan aktiviti riadah untuk seisi keluarga di Pekarangan Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada pukul 10 pagi – 9 malam (10 Mei) dan 10 pagi – 6 petang (11 Mei).
LEBIH 250,000 PENGUNJUNG MEMERIAHKAN KARNIVAL WOW!
Menurut Pengarah Jualan & Strategi, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Puan Nini Yusof, “Kami amat teruja dengan kehadiran yang begitu ramai di Karnival Wow untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga secara bersantai dan beriadah. Para pengunjung yang hadir ke booth-booth Laman Wow, Bananana! Land, Gelanggang Kita Juara dan Wow On Air dapat beramah mesra bersama-sama dengan para selebriti kegemaran mereka yang hadir pada kedua-kedua hari tersebut. Alhamdulillah, karnival ini juga berjaya merapatkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga dan juga memberi peluang kepada kami untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada penonton setia TV3 & TV9. “
Booth-booth utama anjuran Media Prima Berhad seperti Laman Wow (Cerekarama, Inspirasi, tonton) Bananana! Land, Gelanggang #KitaJuara, dan Wow On Air telah diserikan dengan kehadiran selebriti dan juga artis seperti Dottie Shuhada, Bell Ngasri, Gambit Saifullah, Balkish Samundur Khan, Azrel Ismail, Cef Fikree (hos Hero Oven), Cef Naem (Hero Oven 2016 & Dapur Panas 2017) dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Booth-booth utama ini telah dihoskan oleh Acap dan Zee Tokan, Shah Sulaiman, Aliff Yashraf, Harris Alif, Afieq Shazwan, Chiwan, Achok (BMB), Faiz Tapaw, Aina Suzaily, Jasmine Suraya, Uyaina Arshad dan Ally Iskandar.
Booth Laman Wow mendapat sambutan meriah apabila terdapat persembahan istimewa diadakan daripada dua penyanyi popular baharu iaitu Aiman Tino dan Sufian Suhaimi pada hari Rabu, pukul 5 petang. Bagi booth Wow On Air, terdapat ramai peserta yang hadir dan menyerlahkan bakat mereka dalam bidang pengacaraan yang memberi fokus kepada rancangan Nona. Selain itu, Karnival Wow juga telah memberi peluang kepada para pemuda dan graduan untuk membuat tinjauan kerjaya yang menawarkan lebih 3000 peluang pekerjaan serta meninjau hartanah mampu milik di booth Expo Pemuda 2017.
Penutup hari pertama Karnival Wow mendapat tarikan yang hebat seramai 10,000 orang di Konsert Mentor Milenia 2017 yang menampilkan barisan mentor dari rancangan realiti Mentor Milenia 2017 iaitu Black, Akim Ahmad, Hazama dan Tomok bersama protègè-protègè mereka (Elica, Usop, Balqis, Syeera, Anna, Qalisya, Along, dan Nuzul). Konsert yang bermula pada 8.30 malam itu telah dihoskan oleh Issey Fazlisyam dan Marsha Milan Londoh dan dimeriahkan oleh Wany Hasrita.
Karnival Wow juga turut dimeriahkan dengan beberapa booth seperti Hot Kool Jam, booth NSTP, booth SPR, booth Utusan dan juga booth pemeriksaan kesihatan UITM Bergerak. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan www.tv9.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 & TV9 iaitu @TV3Malaysia dan @ TV9Malaysia.