Malah jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu di Youtube Suria TV, Facebook, Tiktok Suria FM, dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 250,000 jumlah tontonan sepanjang acara berlangsung.
Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur diatas sambutan luar biasa daripada para pengunjung ke KMS walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
“Terima kasih kepada rakan penaja diatas kerjasama baik bagi menjayakan karnival ini, juga tidak dilupakan buat semua pengunjung yang hadir memeriahkan acara pada Sabtu dan Ahad lalu. Ini merupakan kali pertama Suria FM mengambil inisiatif baru dengan menganjurkan satu program berskala besar yang berlangsung selama dua hari berturut-turut dengan pelbagai pengisian menarik bertemakan kekeluargaan”
“Mulanya sangat berdebar untuk menganjurkan karnival berskala besar, tapi inisiatif ini merupakan satu peluang bagi Suria FM untuk meneroka idea baru dalam usaha memperkukuhkan lagi jenama Suria di masa mendatang sekaligus para pengunjung dapat meluangkan masa lebih lama bersama barisan penyampai dan artis yang hadir”.
Sambutan yang diterima daripada orang ramai di luar jangkaan, dan antara tarikan menarik yang dinanti-nantikan oleh pengunjung adalah aktiviti zumba kelolaan Hanif Shawn dan Achai, pertandingan mewarna kanak-kanak bersama Majalah Kuntum, juga pertandingan karaoke yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang telah disertai lebih 30 orang peserta!
“Rata-rata pengunjung turut teruja menyaksikan persembahan istimewa dari barisan artis baharu (BBNU) seperti Diana Danielle, Razzuan, Haziq Hisham, Iqmal Romi, Syafiq Abdillah, Alyssa Dezek, Xone, Aiman Nomad, Santosh Logandran & How1e, Athalia, Fahimi, Killa Driz, Chaca Tisha, Zali Rusli dan Nurul Iman! Mereka juga berpeluang merakamkan memori indah bersama barisan penyampai Suria FM, menyertai pelbagai aktiviti menarik di booth Kedai Suria dan booth-booth yang tersedia di KMS” tambah DJ Lin.
KMS turut dimeriahkan lagi dengan acara kayuhan ‘Fun Ride Mega Suria @ PJ’ pada 17 September 2023 (Ahad) yang berjaya mencatatkan lebih 500 pernyertaan dari peminat sukan berbasikal sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor Bahru dan banyak lagi. Aktiviti kayuhan melibatkan jarak sejauh 40 kilometer itu bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi.
Keseronokan KMS tidak berhenti di situ sahaja! Ribuan pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan Konsert Karnival Mega Suria yang berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 12 tengah malam dengan menampilkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai gimik persembahan pembukaan juga persembahan istimewa dari barisan penyanyi popular tanah air seperti Bunkface, Dayang Nurfaizah, Masdo, Dolla, Floor 88, Aris Ariwatan, Amir Masdi & The Band, Muss, Nabila Razali, Insomniacks, Ameng, Baggio, Baby Shima dan ramai lagi!