Minggu lalu telah berlangsungnya Karnival Jom Heboh, acara padang yang menjadi signatur TV3 dan tarikan masyarakat telah menggamit lebih 450,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung di Dataran MITC Melaka pada 29 & 30 Julai.
Karnival Jom Heboh Melaka Gamit 450,000 Pengunjung!
Karnival Jom Heboh ditunjangi oleh booth yang menjadi tarikan utama seperti Bananana Land, Cerekarama, Raudhah, Gelanggang #KitaJuara, Inspirasi. Tonton, Hot FM & Kool FM dan juga NSTP padat dengan pelbagai aktiviti dan juga menawarkan tawaran istimewa untuk para pengunjung. Masyarakat tempatan sudah mula memenuhi tapak karnival seawal jam 8.00 pagi pada hari pertama untuk menyertai aktiviti Jom Sihat dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Antara aktiviti yang dijalankan bagi sesi Jom Sihat ini adalah taklimat nutrisi sihat, zumba, senam seni oleh pasukan KBS, persembahan oleh Rakan Muda yang juga disertai personaliti TV3 seperti Ally Iskandar, Fedtri Yahya, Fiza Sabjahan, Hazrena Kasim, Uyaina Arshad, Hanif Miswan dan Sarah Adiba.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid,
“Kami hargai sokongan berterusan daripada orang ramai dan berterima kasih kepada 450,000 pengunjung yang telah hadir ke Dataran MITC minggu lalu kerana memilih Karnival Jom Heboh sebagai destinasi untuk bersantai bersama keluarga.
Lebih istimewa kami juga turut menerima kunjungan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron. Kami amatlah berbesar hati kerana beliau sudi meluangkan masa dan beliau turut menyatakan bahawa penganjuran Karnival Jom Heboh adalah baik kerana dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke Melaka.”
Booth Utama Karnival Jom Heboh
Acara Karnvial Jom Heboh ini pastinya tidak meriah tanpa booth-booth utama yang menjadi tarikan utama. Booth-booth ini mula dibuka kepada pengunjung seawal jam 10 pagi hingga 9 malam. Booth Bananana Land, booth yang menjadi pilihan kanak-kanak menampilkan Achok, Chiwan Harris Alif, Afieq Syazwan dan Wanss Ahmad. sambil melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan seperti mewarna, mempelajari seni reka dan berpeluang untuk bergambar bersama maskot Boboiboy dan juga Ejen Ali!. Di booth Cerekarama, pengunjung teruja menemui pelakon utama Encik Suami Mat Salih Celup iaitu Daler Yusuf dan juga pelakon Afzan A.Rahman serta Shaffiq Sahli.
Di Gelanggang #KitaJuara bersama Faiz Tapaw selaku pengacara, tarikan utama Gelanggang #KitaJuara sudah tentunya perlawanan Street Soccer 3 lawan 3 Kita Juara, persembahan Freestyler Kita Juara dan perlawanan di antara pasukan Kita Juara melawan artis jemputan pilihan selebriti KJH Melaka. Satu kelainan, bersempena penganjuran dan sebagai tuan rumah selepas 16 tahun bagi temasya Sukan SEA yang ke-29 kali ini, booth Sama-Sama #KitaJuara dibawakan khas untuk memeriahkan lagi KJH Melaka ini. Booth ini turut diserbu orang ramai apabila Elfira Loy serta Suffian Suhaimi membuat kemunculan untuk sesi ramah mesra.
Booth yang memberi pelbagai info kesihatan dan gaya hidup iaitu booth Inspirasi, membariskan personaliti seperti Chef Naem, Aizat Amdan, Cassidy La Crème bersama hos Shah Tapaw dan Aliff Yasraff. Booth inspirasi turut menyediakan khidmat potongan dan penggayaan rambut oleh Khal Hair Salon yang melakukan aktiviti khidmat masyarakat bagi mengumpul dana Tabung Bersamamu. Tidak ketinggalan, booth yang memberikan kelainan dalam pengisian yang lebih kepada rohani dan berkonsep islamik sesuai untuk seisi keluargai iaitu Raudhah, telah dikendalikan oleh Hazwani Helmi, Da’i Syed dan Da’i Luqman. Di booth ini, Ustaz Lutfi juga turut berkongsi ilmu mengenai perubatan dalam islam bersama Da’i Farhan yang menyampaikan takzirah bagi sesi Salam Da’i.
Tidak kurang juga bagi booth Buletin Utama yang mendapat sambutan di mana para pengunjung dapat menemui pembaca berita TV3 iaitui Amirul Hakim Lokman dan menyertai ujibakat tertutup dan merasa sendiri pengalaman membaca berita yang jarang-jarang dapat dirasai. Peminat setia pasangan comel merasa teruja apabila dapat menemui pelakon kesayangan mereka serta duta tonton iaitu Ayda Jebat dan Redza Rosli booth tonton. Selain itu, booth tonton turut disertai oleh Fadlan Hazim, Talha Harith bersama hos Zack dan Kamal Sumbu.
Tidak ketinggalan, Rangkaian Radio Media Prima (MPRN) iaitu Hot FM dan Kool FM turut turun padang dan membariskan para penyampai mereka seperti Zetty, Deen, Haziq dan EL daripada Hot FM serta Rea, Ikhwan dan Ezaq daripada Kool FM. Selain itu, orang ramai turut berpusu-pusu di booth Wow Bag untuk membeli pelbagai cenderahati daripada Rangkaian Televisyen (TV3, NTV7, 8TV, TV9), Hot FM, Kool FM, Bananana!, Ejen Ali dan Raudhah.
Antara tarikan lain yang menjadi pilihan di KJH ialah Bazar Selebriti yang menampilkan selebriti popular seperti Mak Cun, Balkisyh Semundur Khan, Zulhuzaimi, Ika Nabella, Riz Amin, Tunku Hanis, Encik Mimpi, Shah Sulaiman, Acap, Zee (Tokan) dan Faiz (Tapaw). Para selebriti ini menjual pelbagai jenis produk keluaran mereka yang dibawakan khas untuk pengunjung di Dataran MITC Melaka ini.
Selain acara padang yang padat dengan pelbagai keseronokan, pengunjung juga telah dihiburkan dengan persembahan hebat oleh barisan penyanyi di Konsert Jom Heboh di sebelah malamnya.
Pada hari Sabtu, Konsert yang dianjurkan oleh radio Hot FM dan Kool FM menampilkan Aizat Amdan, Drama Band, IamNEETA, Siti Sarah dan Zarul Umbrella. Manakala pada malam Ahad pula, konsert Jom Heboh menampilkan para peserta kelahiran Mentor Milenia seperti Fareez, Qody, Syazwanie, Jojo dan juga Zetty. Konsert Jom Heboh ini juga boleh ditonton secara live di laman web www.tonton.com.my serta aplikasi tonton. Nantikan Karnival Jom Heboh di destinasi seterusnya iaitu Terengganu pada 29 & 30 September nanti. Jumpa anda di sana!.
Untuk maklumat lanjut anda juga boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.