Acara padang terbesar TV3, Karnival Jom Heboh kembali dengan pelbagai aktiviti rekreasi dan riadah serta kandungan program yang lebih segar dan menarik! Meraikan 10 tahun kemeriahan dan sambutan Hari Belia Negara 2012, Jom Heboh edisi 2012 meneruskan siri jelajah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya pada hari Sabtu dan Ahad ini dengan konsep baru yang bakal menggegarkan lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.
Jom Heboh bakal menemukan para pengunjung dengan barisan personaliti TV3 dan artis-artis popular tanah air, antaranya, Maria Tunku Sabri, Irin Putri Azmi, Hazlin Hussain, Zainal Ariffin, Ahmad Fedtri Yahya, Siti Hasfizza Sabjahan, Teh Syuhada, Zakiah Anas, Ally Iskandar, Aiman Hakim Redza, Qushairy Razali (Qi), Johan Ariff As’ari, Syazwan Zulkifly, Wawa Zainal, Izreen Azminda, Intan Ladyana dan ramai lagi.
Selain itu, sebuah mini konsert turut diadakan yang menampilkan Awi Rafael, Diandra Arjunaidi, Kumpulan VIP, Awan Band dan Shiha (Mentor 5) pada hari terakhir Jom Heboh.
Acara : Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah – YB Dato’ Hassan Bin Malek
Hari/Tarikh : Sabtu, 26 Mei 2012
Waktu : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Urus Setia, Karnival Jom Heboh, Precint 2, Putrajaya
Acara : Lawatan Rasmi Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Dato’ Razali Bin Haji Ibrahim
Hari/Tarikh : Ahad, 27 Mei 2012
Waktu : 1.30 petang
Tempat : Bilik Urus Setia, Karnival Jom Heboh,
Precint 2, Putrajaya
Acara : Mini Konsert Jom Heboh
Hari/Tarikh : Ahad, 27 Mei 2012
Waktu : 5.00 petang – 6.30 petang
Tempat : Tapak Konsert, Karnival Jom Heboh, Precint 2, Putrajaya
Artis : Awi Rafael, Diandra Arjunaidi, Kumpulan VIP, Awan Band dan Shiha (Mentor 5)