5,000 HADIRIN GEGARKAN ”KARNIVAL HOTLINK BERSAMA GANG STARZ”
Pada 5 Julai lalu, Budiey sempat mengunjungi Karnival Hotlink Bersama Gangstarz yang telah diadakan di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Tidak ramai media yang buat liputan mungkin sibuk dengan aktiviti hujung minggu.
Untuk gambar dan photo karnival lain yang lebih besar sila klik SINI.
Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Karnival yang bermula dari jam 2.00 petang itu menyediakan pelbagai gerai Hotlink yang menarik seperti permainan dan aktiviti riang dan riadah untuk kanak-kanak mahupun pengunjung dewasa yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan poster, tandatangan dan beramah-mesra bersama peserta-peserta Gangstarz Musim Ke-2 kali ini.
Grup Akasia, bukan sekadar untuk makcik-makcik aje! Vote mereka ya!
Lapan kumpulan Gang Starz yang terdiri daripada One Nation Emcees, Akasia (Malaysia), Paragon Child, 3.5 (Filipina), D’Reborn, D’Raz, 3 Voices (Indonesia) termasuk kumpulan Step (Thailand) yang telah tersingkir minggu lalu membuat penampilan khas dan menghiburkan para pengunjung yang hadir ke Karnival Hotlink tersebut.
Penampilan istimewa daripada peserta Gang Starz musim pertama yang lalu iaitu kumpulan The Lima dan Infinatez telah berjaya menghangatkan suasana showcase pada hari tersebut. Pengunjung dilihat begitu terhibur dan tetap meluangkan masa di karnival walaupun terpaksa bertahan berjemur dibawah matahari.
Persembahan showcase dimulai oleh D’Raz yang mendendangkan medley Kekasih Gelapku/Keliru dan Gila Judi/Yang Sedang-Sedang Saja diikuti oleh gabungan kumpulan Malaysia, Akasia dan Thailand, Step yang akan membawa lagu Oh Oh Oh diikuti oleh Paragon Child dengan lagu Lelaki Ini dan Let’s Get It Started.
Gabungan kumpulan D’Reborn dan One Nation Emcees pula membawakan lagu My Love/Pump It membuka tirai kepada kumpulan comel dan cilik dari Indonesia, 3 Voices dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi dan Cublak Cublak Suwang. Turut menghiburkan penonton ialah peserta Gang Starz musim pertama, Infinatez yang muncul dengan lagu Paparazzi dan Ada Masa.
Persembahan istimewa daripada Paragon Child dan 3.5 menyanyikan lagu Bring Me To Life dan kemudian kumpulan Akasia dengan lagu Seksis dan Drama. Kemunculan Step untuk kali kedua menarik dan lebih gamat dengan persembahan lagu etnik Thailand Loi Kratong/Fa Ja dan Tee Kau. Juara Gangstarz musim pertama, The Lima menyanyikan lagu Kau Ada Dia dan Separuh Masa diikuti dengan persembahan duet daripada kumpulan D’Raz dan 3 Voices menyanyikan lagu Ketahuan.
Kumpulan dari Filipina yang terdiri dari 3 gadis dikenali sebagai 3.5 mendendangkan lagu One Night Only dan Sweet Escape/Sweet Child of Mine, kemudiannya D’ Reborn meneruskan persembahan menyanyikan lagu Keroncong Protol dan Biarlah. Kumpulan yang sering mendapat sorakan hangat di Konsert Gang Starz, One Nation Emcees meneruskan persembahan hebat dengan membawakan lagu Goyang Inul dan Music/Dont’ Stop The Music. The Lima menutup tirai persembahan showcase dengan membawakan lagu dari album terbaru mereka berjudul Boronan Cinta.
Menurut Penerbit Gang Starz, Mohd Sufian Isa:
“Kami amat teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh beribu pengunjung yang sanggup menahan cuaca panas demi untuk memeriahkan Karnival Hotlink Bersama Gangstarz petang ini. Karnival ini bukan sahaja memberi peluang untuk para peserta berjumpa dan beramah-mesra dengan peminat-peminat Gang Starz dengan lebih dekat, malah juga satu platform yang bagus untuk mereka berlatih membuat persembahan dan memperlihatkan bakat vokal dan tarian mereka. Terima kasih sekali lagi kepada penaja Hotlink dan para pengunjung kerana terus memberikan sokongan kepada tv3 dalam menjayakan rancangan ini.”
Di samping meluangkan masa di gerai-gerai Hotlink dan menikmati persembahan mantap daripada 8 kumpulan Gang Starz, para peminat juga berpeluang melihat dan bergambar dengan helikopter Gang Starz yang menjadi salah satu tarikan utama karnival apabila dipamerkan untuk tatapan umum buat pertama kalinya. Karnival ini juga turut dimeriahkan dengan pertandingan karaoke Hotlink yang menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuklah telefon bimbit 3G sebelum acara tamat pada jam 7.00 malam.
Budiey sentap dan naik angin jugak la apabila salah satu grup Gang Starz yang tak nak berkerjasama untuk sesi foto shoot untuk Sensasi Selebriti. Tidak mengapalah, mungkin diorang letih masa tu. Tapi harap diorang ni jangan berlagak diva atau sombong bodoh sebab korang belum lagi menang! Korang ingat grup korang tu gempak sangat ke? Kalau betullah korang berniat sombong dan berlagak, harap hentikan… contohi grup The Lima dan Infinatez yang begitu mesra melayan media. Walaupun fungsi blog ini sangat kecil berbanding media diva yang lain… tapi blog juga boleh menggoncangkan dunia! Ingat industri kat Malaysia ni kecil aje, kat mana korang pergi pun, alih-alih kita akan berjumpa dengan orang yang sama jugak! Jadi, jangan nak berlagak sangatlah!
Peminat cilik Infinatez
[tags]gang starz, karnival, hotlink, contrary, pakatan rakyat, One Nation Emcees, Akasia, Malaysia, Paragon Child, 3.5, Filipina, D’Reborn, D’Raz, 3 Voices, leaders, lim guan eng, Parti Keadilan Rakyat, isu liwait, video liwat, gambar saiful, The Lima, Infinatez[/tags]