Kanta sentuh, mungkin nampak mudah dipakai dan digunakan. Namun, jika tidak ada langkah keselamatan dan kebersihan, ia mungkin mengundang padah. Itu yang berlaku kepada selebriti popular Karl Shafek yang sekarang ini dilaporkan sedang ditahan di wad Hospital KPJ Ampang Puteri kerana sakit mata. Difahamkan, Karl menggunakan contact lense yang disposable (pakai buang) setiap hari dan agak jarang kanta sentuh seperti ini akan mengundang masalah.
Semasa hadir di Premiere With Budiey menonton filem POLTERGEIST baru-baru ini, Karl Shafek ada memberitahu Budiey yang dia terpaksa bekerja dalam keadaan yang tidak selesa kerana mata sebelah kirinya tidak dapat melihat dengan jelas dan alah kepada silau matahari.
Kejadian berlaku 12 hari yang lalu, ketika mana Karl Shafek ingin menanggalkan contact lense atau kanta sentuh dari mata. Tanpa menyedari kanta sentuh itu kering dan keras, ia terkena mata dan menjadi lebih parah apabila Karl Shafek tidak dapat melihat dengan jelas setelah beberapa jam selepas itu.
Oleh kerana memikirkan komitmen dengan kerja, Karl Shafek terpaksa menghadiri sesi pengambaran dalam keadaan pandangan mata kirinya yang kabur.
Budiey doakan semoga Karl Shafek cepat sembuh.
Photo kredit dari Facebook Karl Shafek