Bagaimanapun, sekarang ini pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu lebih kerap tampil di kaca televisyen menerusi lakonan dan pengacaraan.
“Saya akui yang karier nyanyian saya sekarang ini agak sendu dan suam-suam kuku sahaja. Kini saya lebih banyak terbabit dalam dunia lakonan dann pengacaraan.
“Mungkin sudah ditentukan rezeki saya dalam nyanyian semakin berkurangan, tetapi ada rezeki lain yang telah saya peroleh sekarang. Asalkan saya masih lagi terus bertahan dalam industri hiburan,”
– Elly Mazlein
Menurut Elly, selain aktif berlakon, ternyata bidang pengacaraan juga sudah semakin sebati dalam dirinya dan banyak tawaran mengacara yang diterimanya.
Elly berkata, dia sendiri tidak menyangka akan terbabit secara lebih serius sebagai pengacara dan menganggap ia satu cabaran tersendiri buat dirinya.
“Sejak diberi peluang menjadi pengacara untuk Anugerah Skrin 2018, tawaran menjadi pengacara memang tidak henti-henti sehingga ada yang terpaksa saya tolak.
“Apa pun saya bersyukur dengan peluang yang diterima sekarang ini. Malah, saya juga tidak kisah dikritik dan menerima sebarang teguran untuk diperbaiki supaya lebih baik,”
– Elly Mazlein
Kredit Foto: Instagram Elly Mazlein