Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida berkongsi sekeping foto yang telah mengundang kecaman netizen di akaun Instagram (IG) miliknya.
Semuanya gara-gara kapsyen yang ditulis Shahida menimbulkan rasa tidak puas hati oleh pengikut di media sosialnya.
Rata-rata komen yang ditinggalkan mengecam Shahida kerana menyamakan tugasnya sebagai seorang wanita bekerjaya seperti wanita-wanita lain.
“@adelinemag09: Orang gaji sampai 5-6 orang kot! Tukang kebun driver lagi. Tak tau mana datang semangat konon! Jangan nak samakan dengan ibu-ibu yang bekerja tapi takde maid dekat rumah! Semua kena buat sendiri.”
“@spray_tudung: Lagi mencabar kalau takde maid.”
“@yusoffmeen: Sekurang-kurangnya datin ada ramai bibik..Takde la penat sangat ka..Saya ni anak 5 semua orang jaga sendiri..Mana dengan kerja..Balik rumah buat semua kerja-kerja rumah pulak..Penat memang penat tapi berbaloi bila tengok anak masuk universiti..alhamdulillah.”
“@moq1212: Untung la datin..Ade orang gaji..Penat pun takpa..Tak terkejar-kejar.”
“@eiya_zaza: Datin untung lah ada orang gaji.”
Namun, ada segelintir pengikut yang meninggalkan komen positif di ruangan entri tersebut.
“@junainah14: Betul tu nak bahagia kan keluarga, dan niat nak membantu meringankan apa yang digalas oleh suami.”
“@nurulsyazwani1460: Betul tu datin kadang tak sangka boleh ada kekuatan tu tapi anak memang sumber kekuatan kita.”
“@fatehahfattah: Kagum dengan datin yang sangat pandai membahagikan masa dan sangat kental emosinya…Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah.”
“@lazz_anis_syed: Betul datin setuju sangat..Kalau sakit sekali pun badan jadi macam sihat juga semuanya untuk keluarga tersayang.”
“@azizahadnan_: Setuju datin! Women are strong. Insyaallah Allah menjaga dan merahmati kita semua.”