in , ,

Betul Ke Influencer Muslimah Popular Ini Jadi Kekasih Hati Baru Zizan Razak?

Seorang model muslimah dilihat sering berdua dengan pelakon dan pelawak, Zizan Razak dalam beberapa acara telah mengundang perhatian netizen. Wah! Calon isteri ke tu?

Model muslimah yang dikenali sebagai Nurren itu dilihat kerap meluangkan masa bersama Zizan dan mereka dikatakan sudah berkenalan sejak dua tahun lepas lagi.

Walau bagaimanapun, Zizan memilih untuk tidak memberikan apa-apa komen ketika dihubungi pihak media mengenai perkara ini.

Pelawak itu juga berkata yang dirinya perlu merujuk dengan pihak pengurusan mengenai hal sebegini sebelum memberikan sebarang kenyataan kepada wartawan atau pihak media.

Zizan Razak yang berusia hampir mencecah 40 tahun itu sebelum ini mengatakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga tapi apakan daya, jodoh belum sampai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CHE TA ROZITA CHE WAN ZAIN SAIDIN

Che Ta Naikkan Elaun Mekap Aaisyah RM250 Seminggu, RM100 Tak Cukup!

Tuan Badan Tak ‘Goyang’ Puteri Sarah Saman RM1 Juta Kerana Fitnah