Kantoi, sebuah jenama bukan untung Malaysia yang celupar dan menjengkelkan kini kembali dengan koleksi beg terbaru yang nakal dan kali ini ia bagi mengumpulkan dana untuk Hospital Tung Shin sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara.
Bagi membantu mereka mencapai misi tersebut dengan berkesan, Kantoi akan bekerjasama dengan Ninja Van Malaysia bagi menjayakan inisiatif kebajikan mereka.
Turut memberikan sokongan mereka kepada usaha terbaru “Pink October” Kantoi adalah pelakon Tong Bingyu, Sangeetha Krishnasamy dan Sharifah Amani, serta artis Red Hong Yi.
Kantoi kadangkala akan muncul dengan koleksi beg buatan tempatan mereka bagi membantu inisiatif kebajikan tempatan, sambil membantu perniagaan tempatan dan bersempena dengan “Pink October”, Kantoi muncul semula dengan beberapa slogan baru yang mencuit hati.
Koleksi terbaru Kantoi akan menampilkan slogan mengenai payudara yang melucukan seperti ““Feel For Bumps, Save Your Lumps”, “I Love You With All My Boobs” and “Reach For The Stars…It Keeps Your Boobs From Sagging”.”
Keuntungan yang diperoleh daripada koleksi terbaru ini akan disalurkan kepada Pusat Kanser Hospital Tung Shin untuk membantu rawatan kanser payudara bagi pesakit mereka yang kurang berkemampuan.
Dana tersebut akan digunakan untuk membantu mereka dari pelbagai sudut seperti rawatan perubatan, anggota palsu, kaunseling dan juga rambut palsu melalui program pertukaran rambut palsu hospital tersebut.
“Kami mahu salurkan keuntungannya kepada Hospital Tung Shin kerana kebanyakan persatuan kanser payudara lain sudah mempunyai aliran dana yang mencukupi, manakala hospital kebajikan ini hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk merawat pesakit yang kurang berkemampuan dan tidak mampu untuk ke tempat lain,”
“Pada mulanya kami menghasilkan beg ini bagi membantu seorang pemilik syarikat percetakan tempatan yang telah mengalami kerugian besar dan kami hadiahkannya kepada rakan-rakan, tapi orang ramai terus bertanya jika mereka boleh membelinya, jadi kami memutuskan untuk hasilkan dalam jumlah yang lebih besar untuk menjualnya dan menyalurkan keuntungannya kepada badan kebajikan,”
“Tolong menderma, beli, sokong atau ketawa sahaja kerana kami sengaja menjengkelkan orang lain atas niat yang murni!,”
– Pengasas Kantoi, Min Lim
Pengerusi Pusat Kanser Hospital Tung Shin, Doktor Tan Meng Kuan berkata, “Kanser boleh menyerang sesiapa sahaja dari semua peringkat masyarakat, dan apa yang penting ialah mereka berpeluang untuk mendapatkan rawatan iaitu apa yang kami cuba berikan di Hospital Tung Shin. Derma yang kami terima boleh memberikan harapan kepada seseorang.”
Beg tersebut dijual dalam sebuah kotak yang mengandungi lima rekaan dengan harga RM100 ataupun RM25 untuk setiap rekaan. Kotak tersebut boleh dibeli melalui laman Instagram Kantoi (kantoi.kl) atau di Journey Indoor Cycling Studio dan ia boleh dibeli secara individu di Kitsch melalui laman web mereka (kitsch.my).
Setiap penghantaran adalah percuma, sumbangan penaja penghantaran logistik rasmi inisiatif Pink October Kantoi, Ninja Van Malaysia.
“Di Ninja Van, kami komited untuk membantu perniagaan dan jenama tempatan dengan lebih daripada sekadar penyelesaian logistik. Itu sebabnya kami rasa berbangga untuk bekerjasama dengan Kantoi, yang berkongsi komitmen yang sama dengan kami, untuk tujuan yang hebat. Melalui inisiatif ini, kami berharap kesedaran tentang kanser payudara dapat ditingkatkan dan kita bersama-sama boleh meringkankan beban mereka yang kurang berkemampuan,”
– Adzim Halim, CEO Ninja Van Malaysia
Beg tersebut akan mula dijual pada 7hb Oktober.
TENTANG KANTOI
Apa yang bermula sebagai medium untuk jenaka sarkastik mula berkembang telah bertapak! Hari ini Kantoi adalah sebuah jenama bukan untung yang menghasilkan koleksi bagi membantu usaha rakyat Malaysia sambal membantu perniagaan tempatan, setiap produk dan bungkusan Kantoi dihasilkan di Malaysia. Jadi, derma, beli, sokong atau ketawa sahaja, tapi perhatiakn ruang ini kerana kami menjengkelkan orang lain atas sebab yang baik! (Sila lawati laman Instagram kantoi.kl untuk maklumat lebih lanjut!)