MENJELANG dua tahun usia perkahwinan, selebriti Neelofa dan suaminya yang jugak pendakwah Haris Ismail berkongsi pandangan tentang tips kebahagiaan rumah tangga.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, menyatakan harapan agar perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu kekal diberkati selain turut mengharapkan doa daripada orang ramai.
“Setiap orang yang sudah berkahwin pasti mahu kekalkan hubungan perkahwinan sampai bila-bila.
“Jadi, saya mengharapkan doa orang ramai supaya perkahwinan kami diberkati, mencapai ketenangan dan bahagia selalu, dengan izin Allah.
“Saya percaya bahawa dalam setiap perkahwinan sememangnya ada cabaran dan ujian yang mendatang tetapi dengan wujudnya doa orang tak dikenali ia akan bantu menguatkan ikatan perkahwinan ini,†ujarnya.
Pelakon filem Pilot Cafe itu mengakui bahawa banyak lagi perkara yang perlu dipelajari lebih-lebih lagi usia perkahwinannya yang masih baharu.
“Walaupun perkahwinan saya ini baru setahun jagung, saya pasti banyak perkara yang saya dan suami masih perlu belajar.
“Saya banyan dapat ilmu rumah tangga selepas berkahwin.
“Jadi, apa yang saya boleh katakan adalah untuk sentiasa berusaha ‘improvise’ dan bertoleransi,†katanya kepada URTV.
Dalam pada itu, Neelofa turut berkongsi pendapat tentang kemanisan alam rumah tangga dan nasihat kepada mereka yang belum berkahwin.
“Usia perkahwinan saya baru sahaja mencecah dua tahun pada 27 Mac lalu. Jadi, saya merasakan baru lagi untuk saya berkongsi tips sebegini kerana ada lagi yang lebih layak dan lebih tahu daripada saya.
“Namun, apa yang saya boleh katakan adalah apabila kita berpasangan, semestinya kita berkongsi bahagia.
“Tambahan pula, dengan adanya anak untuk menyerikan keluarga serta saya lega dapat berkongsi masalah dengan suami, automatik segala kepenatan dan fikiran yang bercelaru dapat diubati.
“Untuk melangkah ke arah perkahwinan, kita perlu sama-sama belajar ilmu perkahwinan terutamanya hak-hak isteri atau suami dan tanggungjawab masing-masing dengan lebih jelas.
“Terdapat banyak garis-garis islam perlu dipenuhi dalam alam perkahwinan, disebabkan itu akibat kekurangan ilmu, hilang hormat dan kurang rasa tanggungjawab,†ujarnya.
Mudah penat, kandungan masuk trimester kedua
Bercerita lanjut tentang aktiviti pada bulan Ramadan, bekas pengacara MeleTOP itu memilih fokus kepada perniagaan dan merehatkan diri di rumah memandangkan usia kandungannya sudah masuk trimester kedua.
“Saya tiada jemputan ceramah seperti suami saya, tetapi saya ‘more to business’ dan banyak berehat di rumah kerana saya sudah merasa kepenatan,†jelasnya.
Neelofa berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Haris Ismail dan Neelofa yang diadakan di Putrajaya pada malam Sabtu.
Dalam pada itu, mereka dikejutkan dengan sambutan ulang tahun perkahwinan kedua daripada pihak hotel tersebut dan menerima ‘macaron tower’ sebagai hadiah.
Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada Januari 2022.