in , ,

Kamya Bergabung Dengan Selebriti Popular Jayakan Kamya Fest 2023

Jenama produk kecantikan dan kesihatan, Kamya memulakan tahun 2023 dengan penuh bertenaga dan bersemangat sempena penganjuran festival Kamya Fest (Kamya Fest).

Berlandaskan objektif berhibur dan dalam masa yang sama menggalakkan lebih ramai generasi baru untuk maju dalam bidang keusahawanan, Kamya Fest bakal menampilkan 300 vendor jualan yang terdiri daripada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

Inisiatif ini didorong oleh Pengasas Kamya iaitu Puan Erna Elliyana dan mendapat sokongan bersama selebriti serta usahawan terkenal Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu selaku Penganjur Bersama. 

Kamya Fest bakal diadakan pada 10,11,12 Februari ini di Parkir B, Stadium Nasional Bukit merangkumi pelbagai kategori vendor termasuklah dari produk makanan & minuman (F&B), fesyen, automotif, sukan dan permainan serta gaya hidup sesuai untuk seisi keluarga. 

KAMYA FEST

Menurut Puan Erna Elliyana, dia sangat teruja kerana dalam masa yang sama dapat membantu ramai usahawan tempatan. 

“Penganjuran ini juga secara tidak langsung memberi platform kepada generasi muda untuk kekal bersemangat positif untuk berkecimpung dalam dunia keusahawanan. 

“Ini adalah pertama kali Kamya menganjurkan festival seperti ini dan kami mensasarkan untuk meraih pengunjung seramai 50,000 dalam masa 3 hari penganjurannya, sesuai dengan khalayak yang ada. 

“Malah saya turut teruja kerana pada festival ini, kami juga berpeluang memperkenalkan rangkaian produk berkualiti yang boleh membawa manfaat kepada pelbagai kelompok masyarakat,” katanya. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

Majlis siding media Kamya Fest telah berlangsung di Hotel citizenM Kuala Lumpur yang turut dihadiriShuib dan Pengarah Projek, Encik Mohd Faizul bin Isa. 

Tambah Puan Erna Elliyana berkata, pihaknya akan melancarkan produk terbaharu keluaran Kamya pada hari pertama festival berkenaan yang akan turut mendapat sokongan daripada barisan selebriti dan bintang media sosial terkenal. 

Terdapat lebih 20 selebriti dan bintang media sosial popular tanah air, yang bakal menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke festival berkenaan. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

Antara selebriti yang mengambil bahagian ialah Nabila Huda, Dolla, Eja, Ayie Floor88, Wak Doyok, Nana Mahazan, Dolla, Mimi Ernida, Shasha Abdul Aziz, Azfar Heri, MrStailista, EedaVogue, Daniel Zamri, Bella Astillah, Ameerais Forteen, Raja Afiq, Afzan, Ayu Damit, Naim Shamsol dan ramai lagi. 

Sementara itu, Shuib berkata Kamya Fest adalah festival gaya hidup pertama yang membabitkan dirinya selaku salah seorang penganjur sekaligus mencabar kewibawaannya sebagai seorang usahawan. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

“Penganjuran Kamya Fest adalah sesuatu yang baru buat saya dan tentunya saya amat teruja kerana ini adalah usaha yang saya laksanakan bersama-sama pihak Kamya sendiri. 

“Jangan lepaskan peluang untuk memenangi sebuah kereta bagi pengunjung yang membeli produk keluaran Kamya termasuk pelbagai hadiah menarik yang lain untuk anda bawa pulang,” kata Shuib. 

Antara hadiah utama adalah sebuah kereta Proton, motosikal Honda Wave 110 Alpha, televisyen 50” inci, telefon bimbit Honor dan penyedut hampagas Xiaomi Robot . 

Bukan itu saja, Kamya Fest akan dihangatkan lagi dengan pertunjukan motosikal, kereta antik Jepun, fesyen bundle dan tidak ketinggalan keunikan taman tema Farm in The City yang dibangunkan khas di tengah-tengah ruang festival itu nanti. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

Puan Erna – Pengasas Kamya 

Erna Elliyana binti Rosli, lahir pada 10 Ogos 1988 adalah merupakan pengasas Kamya, produk kecantikan dan kesihatan. Beliau memulakan karier seninya pada tahun 1988 sebagai seorang pelakon dalam drama bersiri Opah di RTM sewaktu masih berusia 6 tahun. 

Beliau secara rasminya bergelar pelakon pada 1998 apabila ditawarkan berlakon dalam drama Mat Despatch sebagai Bad. Beliau juga merupakan adik kepada Ikhwan Rosli, iaitu pelakon dan bekas penyampai radio Hot FM dan Kool FM. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

Umum mengetahui bahawa, Puan Erna turut berbakat dalam bidang nyanyian hingga beliau memutuskan untuk menyertai program realiti nyanyian Sinaran Pasport Kegemilangan, Malaysian Idol Musim Pertama dan One in Million. 

Tahun 2008, syarikat rakaman MilleniumArt Sdn Bhd melancarkan single pertama buat beliau yang berjudul Bukan Untuk Sesaat di bawah ciptaan Julfekar manakala lirik ditulis oleh Pajin. 

Lagu ini aktif dimainkan di stesen radio tempatan sehingga telah dicalonkan di Muzik-muzik 23. Pada tahun 2000, beliau juga telah ditawarkan menjadi pengacara cilik dalam rancangan Ikan Kekek dan Can Mali Can di TV3. 

Beliau yang kini berusia 35 tahun, telah berkahwin dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata memulakan jenama Kamya pada 2021. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

Objektif jenama ini sinonim dengan kualiti bersama manfaat baik yang terkandung di dalamnya. 

Kamya terus melakar kejayaan sehingga dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health and Beauty dalam sebuah acara yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2022. 

Promosi jualan produk juga diperluaskan dengan gabungan bersama Astro Go Shop. Dengan rezeki ilahi, Puan Erna telah diiktiraf anugerah Nona Superwoman 2022, kategori Nona Beauty and Health Business Award baru-baru ini. 

Kejayaan tersebut menjadi pembakar semangat dan penanda aras kemajuan buat Puan Erna dan Kamya. 

Kejayaan ini turut terhasil kerana adanya team yang efisyen, tidak berkira masa, sentiasa membaiki diri dan berwibawa demi peningkatan Kamya Glow sebagai produk yang dapat membantu meningkatkan kesihatan dan imunisasi badan individu. 

SIDANG MEDIA PELANCARAN KAMYA FEST

KAMYA – CANTIK ITU KAMU 

KAMYA merupakan jenama di bawah naungan AlphaNeyaga Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Alphacapital (M) Berhad telah memulakan pengembaraan bersama pengasasnya, Erna Elliyana sejak 2020. 

Bersama penjenamaan KAMYA, Erna membawa pengguna untuk menjelajah dengan beberapa rangkaian produk yang terdiri daripada makanan tambahan atau suplemen untuk tujuan kecantikan dan juga produk kosmetik. 

Di awal pembabitan, KAMYA hadir dengan Kamya Glow iaitu minuman kesihatan yang direka khas untuk kecantikan dan kesihatan kulit dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi. 

Kamya Glow dilengkapi buah Delima, Epal, Strawberi dan Camu Camu, diperkaya dengan antioksidan Astaxanthin, Cerepron-F serta serta Kolagen Marin. 

Suplemen ini, dihasilkan dalam kemasan sachet supaya mudah diminum dan di simpan serta boleh diambil pada bila-bila masa dan di mana jua. 

Kelahiran Kamya Glow terdorong daripada minat Erna Elliyana sendiri yang telah mengamalkan pengambilan suplemen kecantikan sejak sekian lama. 

Oleh kerana itu, beliau percaya dan yakin akan mampu mencipta serta membangun suplemen kecantikan di bawah naungannya sendiri. 

Minuman botani Kamya Glow diperkaya dengan Cerepron-F dan Vitamin-C yang membantu mencerahkan kulit anda dan meningkatkan sistem imunisasi. 

Di bawah penjenamaan Kamya juga, lahirnya beberapa lagi produk suplemen untuk tujuan kecantikan dan kesihatan dalam bentuk tablet atau mudah dikunyah iaitu Sugeheir, Cleaskyn dan Whiteze. 

SUGEHEIR diperkaya dengan Vitamin C, D Biotin, Vitamin E, Vitamin B12, Folic Acid Vitamin D3 dan Vitamin A. 

Suplemen ini dikhususkan untuk kesihatan rambut secara keseluruhan dan telah diperkenalkan sempena pembukaan salun rambut ChezKamya Professional. 

Pengambilan Sugeheir secara konsisten dipercayai dapat menambah baik kesihatan rambut bermula dari akar dan merupakan bahan penting untuk pertumbuhan serta pembaikan tisu rambut. 

Selain itu juga, produk dalam bentuk pil ini juga akan membantu bagi merangsang pertumbuhan rambut lama dan juga baru. 

Khasiat yang ada di dalamnya, akan membuatkan rambut jadi bersinar dan mengelakkan pertumbuhan uban pada usia muda. 

Benar, produk ini adalah jawapan bagi membantu peredaran darah pada kulit kepala yang sekali gus dapat meningkatkan kesihatan kulit kepala. 

Sementara Cleaskyn, produk dalam bentuk tablet yang dikhususkan untuk penjagaan tubuh badan sama ada dalaman mahupun luaran, 

Cleaskyn mengandungi khasiat terbaik antaranya Vitamin A, Selenium, Chromium, Zink, Nicotinic Acid, Pathothenic Acid, Pyridoxine dan Ascorbic Acid (Vitamin C). 

Ia membantu mengekalkan kesihatan kulit dan membantu dalam penghasilan tenaga dan pembentukan tisu. 

Sebagai agen antioksidan, pengambilan produk ini dipercayai akan dapat membantu mengurangkan kolestrol dalam badan selain mengurangkan kedutan, menstabilkan tekanan darah dan membantu mengurangkan kesan penuaan. 

Satu lagi produk dari Kamya ialah Whiteze yang mengandungi 3 khasiat utama iaitu Ascorbic Acid, L Glutathione dan buah tomato. 

Dengan mengamalkannya, ia akan dapat mengekalkan kulit sihat, melembabkan kulit, mengurangkan masalah jerawat dan membantu mencantikkan kulit. 

Sifatnya yang antioksidan dan berupaya menjadi sebagai agen anti-penuaan, juga dipercayai dapat mempercepatkan penyembuh luka, mengurangkan kesan-kesan penuaan dan menstabilkan tekanan darah. 

Produk ini juga membantu pembentukan kolagen bagi kulit selain membantu sistem badan untuk meningkatkan metabolisme serta penyerapan nutrisi serta baik untuk kesihatan jantung. 

Bukan sahaja penjagaan dari dalam, KAMYA turut mengorak langkah dengan memperkenalkan koleksi pewarna bibir KAMYA X Bobo Cinta yang terdiri daripada Lipmatte, Lipgloss dan Lipbalm. 

Lipmatte KAMYA hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Nude, Purple dan Orange yang mengandungi bahan terbaik untuk kesihatan bibir seperti minyak avokado, minyak badam, Vitamin E dan SPF 20 sebagai pelindung cahaya matahari. 

Manakala Lipgloss KAMYA juga diperbuat daripada minyak avocado, vitamin E dan minyak badam sesuai untuk disempurnakan pada bibir wanita bagi melahirkan keyakinan yang lebih mempesona. 

Sementara Lipbalm KAMYA, dihadirkan bukan sahaja untuk golongan wanita, malahan juga kaum Adam yang sekali gus membuktikan bahawa produk keluaran KAMYA sesuai untuk lelaki dan wanita. 

KAMYA – MISI, VISI & KUALITI 

Misi Kamya adalah untuk menjadi penyedia makanan tambahan yang halal serta pengeluar jenama kecantikan yang terkemuka dan diiktiraf di seluruh dunia. 

Manakala visi, Kamya ialah untuk membangunkan dan mengeluarkan suplemen berkualiti tinggi yang mampu memberi manfaat kepada setiap kehidupan manusia supaya menjadi lebih sihat dan terpelihara. 

Dasar kualiti standart Kamya adalah untuk menyediakan suplemen pemakanan berkualiti tinggi dengan menggabungkan inovasi termaju ke dalam penciptaan setiap produk menjadikannya berkesan, berdaya saing dan berfaedah dari segi sosial. 

Agar estetika dan kesejahteraan peribadi berjalan seiring, Kamya mahu diiktiraf sebagai jenama yang menyokong kelestarian untuk mencapai keseimbangan ideal antara kedua- duanya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MAXIM

Show Piano Solo Maksim Sempena Jelajah The COLLECTION di KL

motherwit

Motherwit Lancar Video Lirik D.Antara, Teroka Konflik Pasangan Bercinta