Terdahulu ketika bersiaran langsung, Nabil dikatakan telah memerli Diva AA apabila mengeluarkan ayat berkaitan ‘selfie stick’ kononnya merujuk kepada pengacara ini sekaligus membuatkan ramai yang mengecam tindakan Nabil yang dianggap seperti tidak professional.
Terbaru, Azwan Ali telah dijemput ke program Meletop dan bersemuka dengan Nabil Ahmad bagi ‘menjernihkan’ semula keadaan. Namun, segalanya telah pun selesai apabila Diva AA mendedahkan dia tidak mempunyai masalah dengan Nabil dan tidak terkesan dengan perlian tersebut biarpun ramai yang ternanti-nantikan apakah yang akan terjadi ketika pertemuan mereka secara langsung di rancangan MeleTOP.
Menjelaskan perkara itu, Azwan Ali menyifatkan netizen membesar-besarkan isu di antara Nabil Ahmad dan dirinya di media sosial. Bukan itu sahaja, Azwan Ali juga menerima pelbagai mesej dari netizen berhubung Nabil yang didakwa menjadi punca kepada ‘pergaduhan’ tersebut.
Kita ni hanya hidup sementara saja. Setakat nak cakap, i’m knowing Nabil, kenapa you all mesti nak besar-besarkan isu? Lepas tu Diva dapat bertalu-talu pasal Nabil.
Sementara itu, Nabil juga menyifatkan perkara yang sama dan mendakwa netizen sengaja ingin mencetuskan ‘pergaduhan’ antara kedua-dua pengacara itu.
Dia orang cakap tak sabar nak tengok Nabil dan Diva AA berperang. Dia orang seakan-akan nak bakar kita, dia orang nak tengok kita ni bergaduh. Kita ni adik-beradik dalam industri.
Selain itu, Azwan Ali juga menjelaskan penampilan personalitinya dilihat berbeza di alam maya dan televisyen. Dia menyifatkan dirinya bagaikan ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’, dia perlu bijak mengenakan pakaian yang bersesuaian ketika muncul di televisyen.
Hidup ni tak lama, tak payah kita nak musuh-musuh. Our industry so small. Pusing-pusing kita jumpa. Jangan batu api lah!
– Azwan Ali
Azwan Ali sempat tinggalkan pesanan buat netizen agar jangan jadi batu api untuk mencetuskan pergaduhan dalam kalangan selebriti.