Kepada yang belum kenal, Budiey pun memang hantu gajet. Setiap kali ada pelancaran phone baru, setiap kali tu juga Budiey nak tukar henset ni. Tapi tu lah, tak sempat nak beli yang ni, keluaran lain pulak dah keluar. Setiap tahun ada je versi baru yang keluar. Aduyai. Tak sempat nak kejar lah teknologi ni. Cepat sangat.
Tapi dalam banyak-banyak telefon pintar tu, sekarang ni Budiey duk target dengan sebuah telefon pintar yang jauh lebih baik dari yang ada di pasaran tu iaitu Huawei P9. Bukan apa, Budiey sekarang nak cari telefon bimbit yang lengkap dengan kamera yang berteknologi tinggi.
Ini semua nak memastikan gambar yang Budiey ambil tu semuanya cantik-cantik dan lawa-lawa semuanya. Maklumlah, nak post dekat Facebook dan Instagram, kenalah gambar tu cantik dan ohsem. Nanti barulah ada yang nak like, kan?
Jadi, cari punya cari. Survey punya survey, ternyata telefon bimbit Huawei menjadi pilihan Budiey sebab Huawei P9 ni ada dua kamera dengan 12-megapixel di bahagian belakang. Haa, nak cari mana tu ada dua kamera kat belakang?
Bagi pendapat Budiey secara personal la kan, kamera dua lensa yang diketengahkan oleh Huawei ni memang akan dicari-cari oleh penggemar sosial media sebab mereka nak gambar yang menarik dan lebih cantik dari yang lain.
Sudah tentu, Budiey juga akan kerap menyiarkan gambar di laman sosial sebab semua gambar yang diambil tu terang dan jelas. Kelebihan Huawei P9 bukan setakat pada kamera, malah lebih dari itu, telefon bimbit ini senang untuk digunakan di mana jua kita berada.
Tidak hairanlah, Forbes.com dalam artikelnya Best Smartphone Camera Summer 2016 telah meletakkan telefon bimbit Huawei P9 di tempat yang pertama! Inovasi dan teknologi yang digunakan oleh dual kamera Huawei P9 ini dapat menangkap cahaya 270% lebih banyak berbanding iPhone 6S, and 70% lebih daripada Galaxy S7. Jadi, ini jelas terbukti bahawa kamera dua lensa Huawei P9 paling canggih berbanding yang lain!
Memang sesuailah Huawei memilih tagline – “REINVENT SMARTPHONE PHOTOGRAPHY” sebab lensa atau kanta yang digunakan bukan dari buatan jenama sebarangan ya. Lensa kamera Huawei P9 dimajukan oleh kamera terkenal dari Jerman iaitu Leica. Kalau nak tahu, imej atau gambar yang dihasilkan oleh Huawei P9 ini adalah kombinasi dari dua lensa ini. Pergh… hasilnya… memang cantik kebaboom la kan?
Kalau dapat lihat, hasil gambar ini sangat details, terang, jelas dan sharp walaupun diambil dari yang jauh. Lihat sendiri lah perbandingannya dengan gambar di kamera dan jenama phone yang lain. Patutlah, Mashable telah mengulas telefon ini dengan mengatakan: “Takes better photos than any other smartphone out there.”
Selain rekabentuk yang super elegan dan sangat menawan, Huawei P9 juga dicipta dengan inovasi yang lebih canggih. Tidak hairan, jenama Huawei kini dah setanding dengan telefon pintar yang lain.
Sekarang ni, kita dah tak beli dah kamera digital sebab telefon bimbit dah menggantikan fungsi kamera digital tu. Malah gambar lebih cantik dan yang penting sekali kita boleh edit. Tapi dengan Huawei P9 ni, korang tak perlu susah-susah lagi nak edit gambar sebab gambar yang dihasilkan tu dah sedia cantik, sedia terang dan nampak gempak giler dah!
Kalau dulu, kita duk kata kamera pada Samsung dan iPhone antara yang terbaik. Tapi korang kena buka mata luas-luas sebab ada yang lebih cantik dan dalam masa yang sama harganya mampu kita miliki… iaitu Huawei P9.
Jadi, Budiey di sini nak tahu juga pendapat anda semua tentang telefon bimbit Huawei P9 ni? Sila lontarkan komentar korang di ruangan komen ya.
Jangan lupa layari laman web Huawei Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehebatan telefon pintar Huawei P9 dengan dual kamera.