Budiey ada terfikir untuk membeli sebuah lagi kamera. Bukan kamera yang Budiey guna sekarang tak boleh pakai. Boleh sangat sebenarnya. Tapi orang kata, kalau ada second camera ni, boleh guna sebagai back up. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Manalah tahu, kadang-kadang bateri ‘kong’ ke atau memori kad penuh ke, mana kita tahu. Jadi memang wajar kalau ada second kamera.
Kamera sekarang tak macam kamera dulu. Sekarang punya dah canggih. Budiey dapat tahu, mengikut satu kajian, sebanyak 20% pembeli kamera tidak suka dengan saiz dan berat kamera DSLR.
Jadi, Budiey survey kamera manakah yang tengah ‘in’ di pasaran sekarang ini. Yang penting, kamera ni senang dibawa kemana-mana, lebih ringan, lebih kecil dari kamera DSLR tapi mutu gambarnya setanding dengan kamera DSLR.
Masa tengah survey kat kedai kamera di Pertama Complex, Budiey ada tertarik dengan sebuah kamera ni. Kata jurujual tu, kamera ni baru sahaja dilancarkan dalam awal bulan Mac ini di Malaysia. Bermakna kamera ni masih panas dalam kotak lagi la ni. Berjenama Olympus. Nama modelnya pun unik PEN E-PL1.
Okay, tanpa berfikir panjang, Budiey terus dapatkannya.
Nampaknya, satu permulaan yang baik bagi Olympus untuk 2010 kerana telah melancarkan kamera Micro Four-Thirds (MFT) yang dilengkapi dengan jajaran kamera mirrorless.
Ada 3 sebab mengapa Budiey mahu guna Olympus PEN E-PL1:
- Saiz & bentuk bodynya yang comel, kecil & mantap!
- Ada feature atau ciri-ciri yang sangat profesional. Sangat senang digunakan.
- Kualiti gambarnya setanding dengan kamera DSLR yang lain
Ini adalah generasi ke-3 PEN di mana dicipta untuk gambar yang lebih baik setanding dengan kamera DSLR yang lain.
Sebagai seorang fotografer yang selalu mengambil gambar selebriti & event, dua feature yang paling menarik bagi Budiey ialah kemampuan video dan built-in flashnya ada wireless flash capability.
Video berdefinisi tinggi (HD) 720p dilengkapi kemampuan untuk mengatur exposure secara normal.
Selain itu, E-PL1 membolehkan kita untuk menggunakan mic external dengan aksesori tertentu. Kebolehan seperti ini hanya boleh dirasai ketika menggunakan kamera yang berharga RM3,000 ke atas.
Budiey suka dengan warna kamera ini. Ya, putih melepak. Itu yang membuatkan kamera ini nampak unik. Lain dari yang lain.
Yang paling menariknya, kamera ini juga dilengkapi flash built in yang berbeza dengan model terdahulu.
Tiga ciri-ciri utama kamera Olympus PEN E-PL1 ialah:
1. Smart Operation – Ada Live Guide yang berguna untuk pengguna baru.
2. Smart Possession – Lebih compact dan terdapat dalam, 3 warna, putih, hitam and emas.
3. Smart Creativity – Ciri ‘Art Filter’ dan mutu imej yang sangat cantik.
Dengan Live Guide, anda tidak lagi perlu belajar SLR fotografi atau mengambil kursus kemahiran untuk menggunakan kamera tapi anda akan melihat sendiri gambar yang mengkagumkan seperti anda ni seorang jurugambar profesional.
Live Guide? Apa tu? Okay, dengan adanya Live Guide ini, pengguna sangat senang untuk mengambil gambar yang diinginkan. Jadi, untuk setiap situasi, akan ada tips dan anda akan diberikan cara-cara untuk mengambil gambar dengan lebih sempurna.
Sangat mudah untuk adjust dan mendapatkan mutu gambar seperti warna imej, saturation, focus, color balance dan sebagainya. Dan yang lebih gempak, ada tips shooting.
Cara untuk activate Live Guide:
Langkah 1. Mula-mula, sila pastikan Mode Dial ditukarkan kepada I-AUTO.
Langkah 2. Tekan butang OK
Langkah 3. Kemudian sila gunakan dua butang ini untuk menukarkan setting Live Guide.
Langkah 4: Anda boleh menukar setting seperti color saturation, color image, brightness, blur background, express motion dan shooting tips.
Langkah 5: Tekan butang Start/OK lagi sekali untuk akses Live Guide setting.
Langkah 6: Sebagai contoh untuk gambar motion express, anda boleh menjadikan gerakan itu menjadi blur atau menghentikan gerakan dengan menekankan 2 butang di atas ini.
Langkah 7: Akhir sekali, tekan butang shutter untuk mengambil gambar.
Okay, nak senang sila tonton video ni:
Tengok pada bentuknya… sangat klasik! Lagi satu, bingkai tubuhnya munggil!
Lens kit 14-42mm f/3.5-5.6 M yang boleh diasingkan dengan body. Ini bermakna lens boleh ditukar mengikut citarasanya.
Gaya lama yang klasik dan ianya kecil kerana bagi Budiey ianya sebuah kamera yang pintar. Padat dengan ciri-ciri yang dikemaskini daripada DSLR kepada body yang lebih kecil yang menakjubkan.
E-PL1 punya ciri yang sama 12.3 megapiksel sensor. Tapi macam Budiey cakap tadi,
Dengan harga yang mampu dimiliki, kamera ini memang power. Semua dalam satu pakej di mana korang juga dapat mengambil video dengan gambar yang lebih jelas!
Ianya senang digunakan. Just point dan terus shoot!
Balik rumah terus buka kotak nya…. Dan ini dia, siap disediakan dengan bateri, charger, buku panduan, wayar kabel, semuanya disediakan untuk memastikan gambar yang diambil lebih jelas.
Beratnya 296g. Yea, sangat ringan dan compact! Kamera ini cuma seberat 296gram sahaja.
Gripnya kat sebelah kanan tu, memang jauh lebih sedap dan selesa digenggam.
Lensanya tetap fleksibel, lebih kecil dan yang paling penting, dah ada flashnya. Pop up flash bentuknya memang unik.
Kalau anda suka jalan-jalan, memang sesuai sangat lah tu bawak kamera ni.
Huhu, welcome to my travelling world.
JOM LAYARI LAMAN WEB OLYMPUS
Nak tahu lebih lanjut tentang kamera ini, sila layari www.evolvewitholympus.com.my
Di laman web ini, anda boleh melihat rendering (macam gerakan video) bentuk sebenar kamera ini.
Evolve Yourself – Peraduan ini hanya memerlukan anda menjadi pendaftar sahaja. Hanya daftar dan setiap pendaftar yang ke 50 akan menerima sebuah beg Olympus Leather Carry-all bag bernilai RM350
Photo Contest – Selain itu, anda juga boleh menyertai peraduan menghantar foto. Senang sahaja, hantarkan foto yang menggambarkan evolusi iaitu perubahan. Contohnya, ulat bulu bertukar menjadi rama-rama. Kemudian, ciptakan slogan atau caption untuk memenangi sebuah kamera Olympus PEN E-PL1.
Experience Page – Di laman ini, pelawat boleh menggunakan simulator kamera ini. Di sini ada demonstrasi Live Guide di mana anda boleh menggunakan kamera ini berpandukan Live Guide Mode. Jadi, sebelum anda memiliki kamera ini, bolehlah mencuba dulu di laman web ini.
Specifications Page – Anda boleh mencetak spesifikasi kamera ini.
Events Page – Di sini, anda boleh mengetahui event dan juga pengumuman tarikh dan lokasi untuk mengadakan flashmob. Tahu tak apa itu flashmob? Ya, di sini anda boleh menari secara serentak beramai-ramai di tempat yang terbuka. Tarian yang macamana tu, akan ditunjukkan di dalam Youtube.
Okay, tengok pada butang merah di sebelah kanannya. Itu ada butang satu sentuh yang dapat merakam video dalam bentuk HD.
Pada paparan skrinnya ada Panduan Live baru membuatkan gambar dan video lebih murah daripada model sebelum ini.
Budiey dah cuba beberapa scenes yang ada di kamera ini. Ada 19 scenes kesemuanya. Banyak tu. Seperti potrait, e-potrait, landscape, landscape+potrait, sport, night scene, night+potrait, children, high key, low key, Dis Mode, macro, nature macro, candle, sunset, documents, panorama, fireworks dan beach & snow.
Okay, kat bawah ni ada beberapa gambar yang Budiey sempat snap untuk tatapan semua.
Scene – Macro: Digunakan untuk mengambil gambar close up
Blur background
Scene Landscape: Gambar pemandangannya pasti menggakumkan!
Gambar potret: Amacam ada berani?
Art Filter – Grainy Film – nostalgia Bangunan Abu Samad ni nampak real!
Art Filter – Pin Hole
Art Filter – Diorama
Fungsi Art Filter
Dan yang kat atas ni, Budiey ambil menggunakan scenes landscape masa Movie Day Out Menonton Filem Valentine’s Day & Niyang Rapik.
Sebenarnya, kalau anda tidak begitu pakar menggunakan kamera, janganlah risau kerana anda boleh menggunakan fungsi – iAuto atau Intellegent Auto.
Kat situ boleh guna Blur Background. Memang bagus. Budiey suka fungsi Art Filter. Di sini, boleh guna Fungsi Art Filter – Pin Hole yang sememangnya Budiey suka.
Mahukan kamera ini, boleh dapatkannya di pasaran.
Untuk info lanjut, sila layari: