in

Kamal Adli & Diana Amir dalam Drama Seram Pusaka

DRAMA SERAM PUSAKA DI TV2 TEMUKAN KAMAL ADLI DAN DIANA AMIR

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya mengutamakan variasi program siarannya dalam memenuhi kehendak semua lapisan penonton setianya. Buktinya dalam kerancakan menyiarkan program-program bertemakan Ramadan dan Merdeka sepanjang Ogos ini, RTM turut menyiarkan drama seram 13 episod bertajuk Pusaka setiap Selasa, jam 10.00 malam di TV2.

Menggandingkan lakonan hebat pelakon remaja Kamal Adli dan Diana Amir selain turut dibantu Nasir Bilal Khan, Nas-T, Erynn Malik dan Qish, drama yang mengisahkan tentang sebuah rumah banglo yang beralamat Lot 1001. Hakikatnya banglo itu sebenarnya menyimpan 1001 cerita yang tersembunyi penuh misteri yang akan terjawab satu persatu dari episod satu hingga akhir. Ianya saling berkait rapat dan dari generasi ke generasi hinggalah di penghujung episod.

Kisah ini bermula ketika pembahagian tanah itu kepada dua orang sahabat sehinggalah tanah itu di pindah milik berkali-kali tetapi tiada satu pun yang kekal kecuali kepada waris yang hak sahaja sehinggalah sumpahan itu berakhir kepada waris yang dikehendakinya. Ia membawa kepada pembongkaran misteri yang menghantui oleh penduduk-penduduk kampung itu selama ini.

Kejadian bermula apabila sekumpulan pelajar IPT yang terdiri daripada Zari, Sham, Rani, Chong telah mengikut Linda pulang ke kampungnya setelah cuti semester bermula kerana Zari, Sham dan Chong ingin merasai suasana kampung dan bersemangat untuk mencari pengalaman baru seperti hantu dan saka.

Ketibaan mereka berlima telah di sambut oleh Pak Dolah dan Mak Esah yang tinggal di rumah banglo milik keluarga Linda itu sebagai penjaganya. Keluarga Linda akan datang ke banglo itu jika ingin bercuti sahaja. Pada malam pertama mereka di situ, Pak Dolah dan Mak Esah telah memberitahu awal-awal tentang sebuah bilik misteri yang tidak dibenarkan sama sekali sesiapa pun masuk ke dalamnya.

Oleh kerana jiwa muda, Sham, Zari dan Chong mula berasa lain dan ingin mencari sesuatu di dalam bilik yang dikatakan misteri itu. Mereka bertiga telah melanggar syarat yang telah di berikan hingga mereka bertiga menyelinap masuk ke dalam bilik itu dan terjumpa sebuah buku lama yang mengandungi banyak cerita-cerita yang menyeramkan.

Selepas mendapatkan buku itu, mereka bertiga segera keluar dan bermulalah satu persatu kisah yang membawa kepada pembongkaran rahsia Lot 1001 itu.

Setiap cerita yang mereka baca, akan mengimbaskan semula kisah yang berlaku dengan watak yang diceritakan di dalam buku itu. Pada mulanya mereka tidak terfikir apa-apa tentangnya dan seronok dengan pembacaan buku tersebut hinggalah yang sebenarnya ianya adalah membongkar satu rahsia dimana pembunuhan misteri yang berlaku di rumah itu dan kawasan yang menempatkan pemilik terakhir rumah itu dan terbongkar juga waris sebenar rumah itu merupakan salah seorang dari mereka berlima iaitu Sham.

Pembongkaran itu terjawab apabila mereka mengaitkan satu persatu kisah yang pernah mereka dengar (dari Episod 1 hingga 12) yang kesemuanya watak diambil huruf awal nama mereka lalu di gabungkan menjadi nama penuh Sham iaitu Shamil Izwan. Sham terkejut kerana mendapat tahu dia adalah waris ke-12 rumah dan tanah itu dan juga merupakan waris tunggal lelaki yang ada.

Setelah Sham mengetahui bahawa dia adalah pewaris bagi harta dan rumah itu, dia pula telah di rasuki oleh salah seorang dari keturunannya untuk menuntut kembali hak rumah itu dari bapa Linda yang juga sebenarnya adalah bapa kepada Sham yang telah bertanggungjawab dalam kes pembunuhan ibunya iaitu Rosnani. Dapatkah Sham menghalang dirinya dari terus di hambat oleh keturunannya yang dibelenggu oleh saka dan hantu.

Untuk mengetahui kesudahannya pastikan anda meluangkan masa menyaksikan drama seram, Pusaka pada setiap hari Selasa, jam 10.00 malam di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Indonesia Agnes Monica Dicemuh Gara-Gara Kontroversi

Fasha Sandha dalam Drama Chinta TV3