in , ,

Kali Kedua Saingan Buat Saiful Jaicob Dalam Carta Lagu Artis Sabah 2024

Saiful Jaicob, atau nama sebenarnya Md Noor Saifullah, merupakan penyanyi dan komposer berbakat dari Sabah. Kini, beliau kembali merancakkan industri muzik dengan single terbarunya yang berjudul “Kali Kedua”.

Lagu ini merupakan ciptaan beliau sendiri, dengan lirik ditulis oleh Kent, dan ia telah dirakamkan di Patauboys Home Studio, Sabah.

Sebelum ini, pada tahun 2014, Saiful Jaicob telah mengeluarkan beberapa single yang mendapat perhatian. Langkah besar dalam karier muziknya terjadi pada tahun 2017 apabila beliau menyertai sebuah program anjuran Luncai Emas bersama beberapa komposer tempatan Sabah yang lain. Dari program inilah Saiful Jaicob mula menapak lebih kukuh dalam dunia nyanyian.

Kali Kedua Saingan Buat Saiful Jaicob Dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) 2024

Tahun 2024 menyaksikan Saiful Jaicob kembali dengan karya terbaru berjudul “Kali Kedua”. Setelah proses rakaman selesai, lagu ini telah dipersetujui untuk diedarkan secara digital oleh Luncai Emas. Saiful menjelaskan bahawa lagu ini mengisahkan tentang ketegasan prinsip seorang insan yang pernah dikecewakan dahulu.

Setelah dirujuk kembali, individu tersebut menolak dengan sepenuh hati kerana kisah pahit akibat ditinggalkan telah meninggalkan kesan hitam dan hilangnya perasaan untuk membina semula cinta yang telah musnah. Walaupun kadangkala terlintas untuk memberi peluang kedua, namun ia hanya sekadar khayalan demi kelangsungan hidup daripada menerima janji yang belum pasti kesudahannya. Kesengsaraan yang dirasai biarlah hanya sekali dan tidak akan berulang untuk kali kedua.

Tambahan pula, single “Kali Kedua” telah berjaya menjadi pencalonan baru dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) pada 1 April 2024. Lagu ini kini sudah memasuki minggu ke-13 dan menduduki tangga ke-2. Menurut Saiful, “Kent yang menghantar lagu ini ke RTM Sabah, dan ia masuk dalam pencalonan baru. Akhirnya, RTM Sabah menghubungi saya selepas lagu ini lulus untuk siaran. Mungkin rezeki saya,” jelasnya. Saiful juga menambah, “Saya amat terpegun kerana lagu ini telah menduduki tangga ke-2 dan berharap ianya boleh bertahan hingga ke minggu akhir, sekaligus menjuarai Carta Lagu Artis Sabah 2024.”

Pada masa kini, Saiful Jaicob merancang untuk meriliskan single “Kali Kedua” di semua saluran digital mulai 5 Julai 2024, termasuk official audio di YouTube. Para peminat juga boleh membuat undian untuk lagu ini di ruangan Facebook Carta Lagu Artis Sabah. Saiful berharap lagu ini berjaya memikat hati pendengar dan berkembang di seluruh Sabah serta Semenanjung Malaysia.

Kali Kedua Saingan Buat Saiful Jaicob Dalam Carta Lagu Artis Sabah (CLAS) 2024

Sinopsis Lagu ‘Kali Kedua’

Lagu ini mengisahkan tentang ketegasan prinsip seorang insan yang pernah dikecewakan dahulu, kemudian dirujuk kembali tetapi menolak dengan sepenuh hati. Kisah pahit akibat ditinggalkan telah meninggalkan kesan hitam dan menghilangkan perasaan untuk membina semula cinta yang telah musnah. Walaupun kadangkala terlintas untuk memberi peluang kedua, namun ia hanya sekadar khayalan demi kelangsungan hidup daripada menerima janji yang belum pasti kesudahannya. Kesengsaraan yang dirasai biarlah hanya sekali dan tidak akan berulang untuk kali kedua.

KALI KEDUA

Penyanyi: Saiful Jaicob
Lirik/Lagu: patauboys
Recording Studio: Patauboys Home Studio
Music Arrangement: Idris J @ Dio (Aliensoundmusic & Studio)
Mixing/ Mastering: Idris J @ Dio (Aliensoundmusic & Studio)
Penerbit: patauboys

Saat kau kembali..
Pada diriku yang sendiri
Telah lama hilang..
Perasaan ku terhadap mu..

Bridge:
Apa mungkin.. yang terjadi..
Hanya khayalan sahaja
Walau diri tak ingin lagi Kau kembali..

Chorus:
Percayalah pada kata ku ini
Kau tiada lagi dalam hidupku
Dan tak mungkin ku mahu percaya lagi
Ku tak mahu luka lagi..
Kali kedua… Oh..
 
SOLO..
 
Saat kau kembali..
Pada diriku yang sendiri
Telah lama hilang..
Perasaan ku terhadap mu..

Bridge:
Apa mungkin.. yang terjadi..
Hanya khayalan sahaja
Walau diri tak ingin lagi Kau kembali..

Chorus:
Percayalah pada kata ku ini
Kau tiada lagi dalam hidupku
Dan tak mungkin ku mahu percaya lagi
Ku tak mahu luka lagi..
Kali kedua… oh..

Percayalah pada kata ku ini
Kau tiada lagi dalam hidupku
Dan tak mungkin ku mahu percaya lagi
Ku tak mahu luka lagi..
Kali kedua… Oh..
Huu..

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Naim Daniel Berhenti Galas Tanggungjawab Sebagai Penyiasat Tetap?

Jerayawara JBL Heart of Sound Perkenal Audio & Kaca Mata Terkini