Siti juga mengakui masih menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilization (IVF) untuk kandungannya kali ini.
“Ya, kandungan kali ini saya lebih nervous sebab risiko tinggi lebih-lebih lagi negara masih dalam fasa pandemik. Malah kali ini saya saya rasa lebih beremosi dan cepat penat mungkin kerana faktor usia,” katanya.
Kandungan Kedua Masih Melalui Proses IVF
Menurutnya, rawatan IVF tersebut sepatutnya dijalankan lebih awal dari tarikh sebenar, namun disebabkan peningkatan kes Covid-19, rawatan tersebut berjalan sedikit lewat.
“Saya masih menjalani rawatan IVF untuk kandungan kali ini. Masa tu, saya rasa 50-50, sebab sebelum ini pun saya banyak kali buat juga kan, jadi saya tak berharap tapi, Allah sahaja yang tahu masa tu,” katanya lagi.
Ikut Saranan Ustaz
Ketika ditanya mengapa beliau memilih tarikh 1 Disember 2020 sebagai tarikh pengumuman, Siti bagaimanapun memaklumkan bahawa ia adalah berdasarkan nasihat yang diberikan dari ustaz.
Sebenarnya, bukan mengenai tarikh pun. Cuma ustaz kata adalah lebih baik jika kandungan berusia 4 bulan baru diumumkan kerana masa itu roh telahpun ditiup,” katanya pada majlis pelancaran produk BeauSiti X Wonderlab menerusi aplikasi maya, semalam.
Tambahnya lagi, kini usia sebenar kandungan beliau telah masuk 4 bulan setengah.
Terdahulu, Siti mengumumkan dia hamil selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau dikenali sebagai Datuk K sekitar tahun 2017.
Kemudian, Siti selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.