in

Kalau Tilam Anda Berbicara Apa Agaknya Dia Kata?

Jika Tilam Anda Berbicara, Apakah Yang Dikatakannya? Dengarkan bagaimana Dunlopillo membantu pasangan mengembalikan kehangatan dalam perhubungan melalui RESPARK.

Pada saat-saat awal melayari bahtera rumahtangga, tilam anda pasti mengalami gegaran yang kuat pada setiap malam. Bunyi spring-spring yang sentiasa bergetar menjadi OST yang hangat dan berahi buat pasangan suami isteri.

Lama-kelamaan, pasangan masing-masing sibuk dengan kehidupan seharian. Lewat malam, hanya kedengaran bunyi dengkuran yang kuat dan klik-klik kedua belah ibu jari yang rancak di skrin smartphone kerana bertekad untuk mencapai ke tahap seterusnya Candy Crush. Tilam mulai senyap tanpa getaran dan ritma yang mengasyikkan itu lagi.

Dunlopillo

Dunlopillo sedang menjalankan ujikaji, dan telah mencipta sebuah tilam yang mampu berkomunikasi dengan pasangan untuk membantu mereka membawa kembali keriangan dan kehangatan di dalam hubungan mereka. Kami mahu anda mendengar apa yang hendak dikatakannya! RESPARK memberi idea-idea mudah kepada pasangan untuk membantu menyemarakkan kembali bara cinta!

RESPARK akan mengesan aktiviti pasangan dengan menggunakan sensor gerakan, dan memerhati jumlah aktiviti di tempat tidur. Data ini kemudiannya dikumpulkan dan RESPARK akan menghantar cadangan aktiviti yang menyeronokkan berserta lokasi kepada salah seorang daripada pasangan itu untuk menghangatkan kembali hubungan cinta mereka dari luar sehingga ke kamar tidur mereka. Kalau tak getar, tak meletop!

Anda harus dengarkan tilam anda! Hanya dialah yang mengetahui rahsia-rahsia keintiman anda! Dunlopillo percaya bahawa tilam adalah lebih dari sekadar objek yang diperlukan untuk tidur. Dengan tilam yang selesa, anda bebas untuk berfikir dan beremosi. Tilam hidup bersama pasangan itu, adakah itu malam pertama mereka sebagai pasangan suami isteri, menonton TV di tempat tidur bersama anak-anak, membincangkan isu yang serius, sama ada melucukan, dari hati ke hati mahupun berhujah – semua itu berlaku di atas tilam yang menyaksikan segalanya. Ia merupakan tulang belakang kepada sesebuah hubungan dan menjadi penyokong anda yang paling setia.

Dunlopillo menyedari kebanyakan isu timbul di dalam perhubungan berpunca daripada jarak yang semakin jauh dari segi fizikal dan emosi antara pasangan. Tulah, tak menggetar lagi! Mereka bekerja keras dalam jangka masa yang panjang, namun apabila mereka pulang ke rumah mereka memilih untuk menyendiri, kerana faktor persekitaran yang menganggu mereka. Asyik buat alasan sakit kepala kan?

“Tekanan jadual kerja serta kebergantungan terhadap pelbagai jenis peranti mudah alih yang canggih mewujudkan jurang antara pasangan itu, tidak kira di mana mereka berada, termasuklah ketika berada di dalam kamar yang sama. Sewajarnya tilam menjadi tempat terakhir yang dapat mewujudkan keintiman dan merapatkan jurang antara pasangan. Oleh itu, kami me“Manusiakan” tilam ini dengan menghantar pesanan dan nasihat mesra kepada pasangan untuk meluangkan masa romantik bersama, “kata Ignacio Pastor Rios, Pengarah Pemasaran Serantau di Dunlopillo Holdings Sdn. Bhd.

Ketagihan masyarakat kini terhadap teknologi mampu menghalang pasangan daripada berinteraksi, Dunlopillo percaya bahawa tilam mampu menjadi saluran yang betul untuk memulakan perbualan mengenai isu hubungan yang sihat. Tilam anda di mana hari anda bermula dan berakhir, dan jika ia mampu ‘berkata-kata’ ia mampu mengembalikan semula keintiman didalam perhubungan.

Makan malam romantis di suatu tempat yang mengasyikkan di tengah kota, menghantar setiap bunga atau hadiah antara satu sama lain, RESPARK akan membantu mengingatkan pasangan untuk melakukan lebih banyak aktiviti bersama-sama- sungguh pun ianya perkara kecil, namun memberikan kesan yang mendalam terhadap sesebuah hubungan.

Tunggu apa lagi? Cepat capai tangan Cik Abang atau isterimu dan kembalikan keterujaan dalam hubungan intim anda.

Adakah anda bersedia untuk dengarkan tilam anda? Daftar dan biarkan RESPARK ‘Bercakap’ supaya anda mampu berjalan! Layari listentoyourmattress.com.my untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mengambil bahagian, dan anda boleh menyertai perbualan di facebook.com/DunlopilloWorld dengan menggunakan hashtag #listentoyourmattress

MENGENAI DUNLOPILLO
Sejak sekian lama, Dunlopillo telah membantu berjuta-juta pengguna di serata dunia menjadikan bilik tidur mereka syurga peribadi dan meraikan saat-saat indah dalam kehidupan. Dengan penekanan yang berterusan ke atas inovasi, kemudiannya disokong oleh kajian dan kemajuan selama lebih 85 tahun, Dunlopillo mengiktiraf keperluan fungsi dan emosi pengguna apabila membeli tilam.
Diasaskan di United Kingdom, Dunlopillo adalah salah satu jenama tilam yang terkenal di dunia serta merupakan autoriti dan pengeluar utama lateks. Dunlopillo mula mencipta tilam lateks pada 1931 dan ia kemudiannya menjadi fenomena di seluruh dunia. Dunlopillo yang merupakan ahli Europe Pikolin Group, mempunyai rangkaian pengedaran yang luas di Asia dan disokong oleh kemudahan pengeluaran di Vietnam dan China. Dunlopillo dianugerahkan Brand Laureate President Awards 2013-2014 dan Brand Laureate Awards untuk jenama terbaik dalam kategori Tilam Pengguna dari tahun 2008-2013. Dunloppilo juga telah memenangi Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award dari 2009 – 2011 dan 2013 – 2014.
WWW www.dunlopilloworld.com

Facebook www.facebook.com/DunlopilloWorld

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Telemovie Khas ANAK JAGA MISKIN Sempena Hari Pekerja

Cesar Millan is Back CESAR TO THE RESCUE