in ,

Kalau Tak Suka Artis Sendu Tak Payahla Nak Tengok – Dato’ Aishah

Geram dengan sikap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan barisan peserta program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada minggu pertama, Ahad lalu, penyanyi Datuk Aishah tampil menempelak golongan disifatkan melampau itu.

Geram dengan sikap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan barisan peserta program All Stars Gegar Vaganza (GV10) pada minggu pertama, Ahad lalu, penyanyi Datuk Aishah tampil menempelak golongan disifatkan melampau itu.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, individu terbabit boleh memilih untuk tidak menonton pertandingan tersebut jika tidak berpuas hati dengan peserta, pengacara mahu pun keseluruha penganjuran program popular terbabit.

“Tak suka tengok artis sendu tak payah tengok, tak suka tengok pengacara sendu, tak payah tengok.
“Tak suka format rancangan, tak payah tengok. Tak suka apa-apa pun tak payah tengok atau terlibat langsung,”

– Aishah

Pada masa sama, pelantun lagu Janji Manismu itu menyifatkan kemunculan semula penyanyi dalam pertandingan berkenaan adalah atas dasar kelayakan selain mahu menghiburkan penonton serta peminat setia mereka.

“Kau siapa nak komen macam tu? Macam kau terpaling betul dan berhak dekat dunia ni.
“Bagilah kami yang suka tengok. Tak kacau periuk nasi kau kan? katanya.

– Aishah

Minggu lalu, selain pengacara GV10 iaitu Nabil Ahmad, Elly Mazlien dan Jihan Muse teruk dikritik netizen, barisan peserta yang terdiri daripada bekas-bekas juara GV musim terdahulu juga turut dikecam berikutan kualiti persembahan yang dikatakan tidak memenuhi jangkaan khalayak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Layan Lagu Blues Gang di Hiburan Minggu Ini di Saluran TV2

PUTERI SARAH LIYANA

“Duduk Diam – Diam, Simpan Duit Bayar Saman,” – Puteri Sarah Liyana