Menerusi sesi live di TikTok semalam, Uqasha menegaskan dia tidak pernah membuli sesiapa kerana dia yang banyak berpindah sekolah serta meminta individu itu memberikan bukti.
“Saya tak pernah buli orang di sekolah. Ini kerana saya yang banyak berpindah sekolah ketika tingkatan empat dan lima dulu.
“Tolonglah saya nak bukti sangat. Saya percaya, kalau betul saya salah, saya tetap akan salah tapi kalau saya tak salah, saya dah sediakan lawyer semua.
“Untuk makluman, saya yang pindah sekolah, macam mana pulak dia boleh cakap dia yang pindah sekolah? Sekarang saya nak bukti. Siap cakap sampai nak bunuh diri lagi? Benda ni bukan benda kecik,†katanya.
Menurut Uqasha dia juga hairan bagaimana wanita itu boleh menuduhnya membuli dan mempersoalkan mengapa selepas 15 tahun perkara itu didedahkan.
“Ini bukan benda kecil sampai saya terpaksa baca benda tak betul dan trending di Twitter. Kalau betul kenapa sekarang baru nak cerita? Kononnya macam-macam saya dah buat pada awak.
“Awak tuduh saya kaki buli, talam dua muka sampai buat orang lain nak bunuh diri. Saya teringin nak kumpulkan guru-guru dan rakan-rakan sebab sekolah itu pun masih ada, betul ke saya ini pembuli?†katanya.
Dalam pada itu, Uqasha berkata dia sudah menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“Saya cuma nak tekankan saya nak bukti, sebab side saya polis dan lawyer saya akan buat siasatan lanjut, dan segala-galanya akan terjawab soon,†katanya.