Kemudiannya nama Usop mula jadi perhatian ramai orang dalam industry nyanyian ini. Lumrah menjadi artis, akan ada yang sering cari kelemahan seseorang. Kini ada mulut yang melabel dan mengatakan Usop ini seakan penyanyi kampung.
Ada juga pihak yang perlekeh Usop kerana dia tidak mampu bercakap dalam english dengan lancar dan baik.
Tentang hal ini, Usop akui memang tidak berapa pandai nak cakap english malah sempat share result peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM untuk subjek English dan memang agak tak berapa baik keputusannya.
Jelas Usop, dia memang tak berapa bagus ketika belajar oleh itu dia mengetengahkan bakatnya dan ceburi bidang nyanyian yang dia amat minati.
“Keputusan SPM saya untuk Bahasa Inggeris ialah saya dapat E. Jika bos-bos saya borak, memang saya buat-buat faham sajalah.
Lepas tu kalau ada rakan artis sembang dalam english, saya buat-buat faham saja dan kemudian saya hanya akan mengangguk kepala.
Sebenarnya saya faham tapi sikit saja. Apabila orang cakap tetapi saya tak pandai nak balas balik dalam English”.
– Usop
“Dulu memang setiap hari pergi je ke sekolah namun bukan rezeki saya berjaya dalam pelajaran. Jadi antara tujuan masuk big stage ni pun saya nak tambah baik diri saya, dan saya nak belajar dan perbaiki untuk cakap English”
– Usop
Sebelum ini, walaupun ramai yang selalu perlekehdirinya sebab dilabel penyanyi kampong dan tak ada rupa pakej, Usop terus kuat tak patah semangat.
Bagi Usop, paling penting untuk berjaya dalam bidang seni ini ialah bakat. Kini Usop antara peserta untuk musim baru big stage bersaing dengan penyanyi lain seperti Yamani Abdillah, Nanasheme, Farisha Iris, Sandra dan ramai lagi.