Susulan isu tersebut, baru-baru ini tular video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memaparkan pelakon Ummi Nazeera memberikan pendapatnya mengenai isu berkenaan.
Menerusi temubual oleh sebuah stesen radio Malaysia, Zayan FM itu, Ummi berkata jangan menormalisasikan membuka tudung selepas berhijab.
“Eh ramai dah buka tudung, maknanya yang lain boleh buka tudung. Its not normal, ini tak betul. Kalau dah pakai itu, jangan jadikan ianya normal nak buka tudung semula. Ia dah jadi macam satu penyakit,†katanya.
Ummi berkata sebagai manusia tiada siapa tahu tentang pengakhiran seseorang serta meminta orang yang menenalinya mendoakannya kekal berhijab sehingga ke pengakhiran hidup.
“Saya minta orang disekeliling yang menyayangi diri saya agar mendoakan agar diri ini tidak membuka tudung. Saya risau kalau itu pengakhiran saya.
“Kita tak tahu pengakhiran kita macam mana. Sekarang saya pakai tudung, tapi tahu akhirnya macam mana. Mungkin artis yang buka tudung nanti akhirnya dia pakai tudung. Amin,†katanya.