Perkara tersebut dizahirkan Rita menerusi beberapa buah hantaran di Instagram Story miliknya di mana dia turut menempelak sikap seorang pengguna Facebook yang asyik mengaitkan namanya dengan isu vaksin.
Kata Rita, sikap sesetengah pihak yang sentiasa ‘mencari pasal’ dengan dirinya itu seperti sudah hilang akal ataupun mengalami penyakit mental.
Pelakon drama ‘Shah Alam 40000’ ini juga menganggap mereka ini sebagai seorang yang ‘menyedihkan’ seolah-olah hidup dalam kesunyian sehingga perlu memuat naik status berbaur umpatan di media sosial.
Dalam pada itu, Rita turut memberi amaran kepada mereka di luar sana agar tidak sesekali ‘memetik’ namanya dalam mencipta sebarang isu di masa akan datang.
“Eh! Kau pula yang sakit hati kalau aku tak shooting. Menyibuk dengan badan aku dah kenapa. Kau pula siang malam risau aku tak vaksin sampai ‘up’ status,”
– Rita Rudaini
Sebelum ini Rita membuat pengakuan bahawa namanya telah digugurkan daripada drama 100 episod gara-gara enggan menerima vaksin.