in ,

“Kalau Ada Ujian Bertunang Sekalipun Tak Akan Saya Nak Kongsikan” – Syafiq

Bakal mendirikan rumah tangga, pelakon Syafiq Kyle berkata antara persiapan yang dilakukan adalah memastikan dirinya bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.

Syafiq berkata dia banyak meminta mendapat serta bertanya dengan orang sekeliling mengenai hal menguruskan keluarga.

“Sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ini, ini perkahwinan pertama dan ini merupakan persiapan pertama yang pernah saya buat.

“Saya banyak bertanya kepada orang-orang terdekat bagaimana mereka menguruskan keluarga, menjaga isteri, anak-anak dan sebagainya.

“Secara spesifik mungkin saya ada pengalaman menguruskan kehidupan peribadi, jadi saya gunakan juga pengalaman yang ada, suai dan padankan.

“Yang penting jangan malu bertanya, apa dugaan orang lain saya boleh ambil pelajaran daripada situ,” katanya.

Ditanya sama ada dilanda ujian sepanjang tempoh pertunangan, pelakon berusia 30 tahun itu enggan mengulas lanjut dan biar hanya dia sahaja yang mengetahui.

“Alhamdulillah, baik semuanya. Tapi kalau ada ujian bertunang sekali pun tak akan saya nak kongsikan kepada umum.

“Sekiranya ada atau tidak ujian itu hanya saya sendiri yang mengetahui. Perkahwinan ini merupakan yang pertama untuk saya. Banyak hal yang saya belajar dan kawal menguruskan perkara begini (perkahwinan). Saya perlukan sokongan juga orang sekeliling,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Terus Trending & FYP, 10.3 Juta Penonton Tiktok RTM Dalam Satu Malam

AINA ABDUL

Busana ‘Belalang Pink’ Aina Abdul Jadi Juri di Big Stage Kena Kritik Netizen