Berhubung dengan pengesanan kontak rapat yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah berjaga-jaga, hasil daripada saringan tersebut adalah kesemuanya negative Covid-19. Pekerja-pekerja ini ditempatkan di kawasan hubungan tinggi dan akan terus menjalani kuarantin selama 14 hari. Kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada KKM di atas bantuan mereka yang luar biasa.
Kerja-kerja pembersihan dan sanitasi secara rutin telah diteruskan sejak pengumuman penutupan taman tema kami dari 13 Oktober hingga 10 November 2020. Walaupun tindakan penutupan taman tema kami buat sementara waktu ini agak menyedihkan.
Namun ini adalah satu-satunya pilihan yang mungkin kami miliki berikutan kesan berpanjangan COVID-19 terhadap perniagaan kami. Hal ini termasuklah mengahadkan kapasiti kemasukan para pengunjung ke taman tema kami kerana kita perlu mengamalkan penjarakan fizikal
Sunway Theme Parks komited dalam melindungi keselamatan dan kesihatan semua pekerja, tetamu dan pihak berkepentingan kami di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun.
Meskipun kewujudan pandemik ini, kita mesti bersatu dan kekal berharap agar kita dapat berhibur lagi di taman tema.