Rozita Che Wan yang cedera di lutut kiri ketika menjalani penggambaran drama Dayang Senandung di sebuah hotel di Puchong, Selangor, petang semalam. Dalam kejadian itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta, terjatuh selepas seorang pelakon tambahan terpijak kainnya.
“Betullah malang tidak berbau… Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya.
“Sampai berbalut lutut… Ini pengalaman pertama saya terjatuh di lokasi penggambaran,”
– Che Ta
Sebaik terjatuh, penerbit drama berkenaan, Zeel Production pantas membawa Rozita mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.
Rozita mula risau dengan komitmen dalam dua drama lain yang perlu dibereskan selepas kakinya terseliuh.
“Memang betul-betullah kena serbu, sampai terjatuh. Sekarang kena makan ubat tahan sakit sebab tak tahan sakit berdenyut,”
“Apabila sudah bengkak lutut, jadi ‘sado’ pula nampaknya. Apapun, saya bersyukur tiada tulang yang retak, hanya bengkak sahaja.
“Doktor pun kata, tulang saya kuat lagi. Bagaimanapun, lutut memang bengkak teruk”
– Che Ta
Berikutan keadaan kakinya itu, Rozita risau dengan penggambaran drama lain yang perlu dijayakannya.
Namun, Rozita sedia berlakon jika pengarah membenarkan babak dijayakan dalam keadaan dia duduk.
“Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set,”
– Che Ta
Che Ta yang bertekad mahu menyelesaikan penggambaran membabitkannya berharap kecederaan itu akan segera pulih.
Ini kerana selepas drama Dayang Senandung terbitan Zeel Production itu, Che Ta akan terbabit pula dengan penggambaran drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas.
Sumber: BH Online