in

Kakak Ratu Rock Malaysia Jojie Bakal Menikah Jun 2015

Kakak Ratu Rock Negara, Jojie Aminuddin, 50, memilih Jun ini untuk disatukan dengan pilihan hatinya seorang usahawan dan pengurus acara, Syahrizal Ismail, 36, setelah setahun berkenalan. Jarak usia 14 tahun menurut Jojie atau nama sebenarnya Rozita bukanlah masalah apatah lagi keluarga bakal suami menerima kehadirannya dengan tangan terbuka.

Kakak Ratu Rock Malaysia Jojie Bakal Menikah Jun 2015

“Faktor usia bagi saya bukanlah masalah untuk kami meneruskan niat murni ini. Walaupun jarak usia yang berbeza, Syah seorang yang matang dan tidak kebudak-budakkan. Kami berkenalan kira-kira setahun yang lalu apabila kami terbabit dalam sebuah acara membabitkan Ella dan saya pula perlu berurusan dengannya. Selepas beberapa kali berjumpa, kami mula akrab dan hubungan itu kemudiannya menjadi lebih serius.

“Selain itu apa yang membuatkan saya terpikat padanya kerana beliau seorang yang sangat menjaga solat. Dia sering mengingatkan saya mengenai solat, terutama sekali solat subuh. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan dan Alhamdulilah impian itu dimakbulkan,” katanya yang tidak bercadang untuk bertunang.

Menurut Jojie, pihak lelaki sudah pun merisik baru-baru ini, bagaimanapun tarikh pernikahan masih belum ditetapkan lagi. Mereka memilih untuk mengadakan majlis pernikahan sebelum Ramadan manakala majlis resepsi pula akan diadakan selepas Aidilfitri.

Sementara itu, Syahrizal berkata sikap Jojie yang tidak mengongkong serta pandai membawa diri menyebabkan dia terpikat kepada wanita itu. Bagi Syahrizal juga, faktor umur bukanlah masalah untuk dia menikahi Jojie dan keluarga juga sudah merestuinya.

“Jojie seorang yang sangat pandai membawa diri, sebagai seorang yang bekerja di bahagian korporat, saya sering berurusan dengan ramai orang. Tapi Jojie tahu menyesuaikan diri dan faham dengan keadaan kerja saya yang sentiasa sibuk. Kami tidak seperti pasangan lain yang asyik berkepit, kerja saya sangat sibuk sehingga ada kalanya sukar untuk berdating. Tapi Jojie tidak pernah mengganggu atau mendesak saya untuk berjumpa, perkara itu membuatkan saya selesa dengannya,” kata Syah.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Catch Me If You Can SNSD Trending di Youtube Malaysia

Pelakon Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah Azwan Annuar Meninggal Dunia