Memetik Harian Metro, menerusi satu perkongsian, kakak Ira seolah menyindir tindakan seseorang yang kerap berkongsi kisah kehidupannya di media sosial.
“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu perkongsian lain kakak Ira turut mengatakan ianya perkara yang lucu apabila seseorang itu tidak suka diganggu daripada akaun palsu namun tidak menyekatnya.
“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya.
Meskipun tidak merujuk kepada mana-mana pihak, namun ada netizen mendakwa kakak kepada isteri kedua Syamsul Yusof itu seolah menyindir Puteri Sarah.