Hamil anak kedua… demikian halnya dengan penyanyi Kaka Azraff yang mengumumkan bakal menimang cahaya maya kedua dan kandungan kini berada dalam trimester pertama. Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Binti Noor Azraff, 32, berkata kehamilan kedua ini lebih baik kerana telah mempunyai pengalaman berbadan dua sebelum ini.
Ujarnya lagi, meskipun sering berasa mual dan muntah hampir setiap jam, dia lebih memilih untuk berfikiran positif agar proses kehamilan berjalan lancar. Katanya lagi, Kaka mendedahkan bahawa dia tidak mengetahui dirinya mempunyai ‘isi’ namun mula perasan ketika suaminya, Adam tiba-tiba sahaja mengidam dan kerap menjamah durian.
“Mungkin juga dahulu saya tiada pengalaman, jadi susah hendak mengawalnya. Kebanyakan masa terbaring saja. Yang menariknya, saya tidak tahu saya hamil, pelik kerana suami asyik mengidam dan kerap membeli durian. Berbeza dengan kehamilan pertama, saya mahu berkongsi kepada semua namun dalam bentuk sederhana,” katanya.
Menyentuh soal jantina anak, Kaka memaklumkan bahawa dia dan suami tidak memilih asalkan bayi yang bakal lahir sihat walafiat. Untuk makluman, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 14 Disember 2018 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aslan yang dilahirkan pada Oktober 2019.