Kak KM atau Liana Rosli telah membuat kejutan sehingga ibunya berasa sebak apabila menghadiahkan gelang emas besar sempena ulang tahun kelahirannya.
Kak KM turut menenangkan ibunya, pelakon veteran Normah Damanhuri, bahawa hadiah gelang emas itu tidak seberapa dan harganya tidak sampai RM100,000.
Menerusi video tersebut, Kak KM berkata gelang tersebut ditempah khas istimewa buat ibunya dan kesenangan dimilikinya kini adalah berkat doa daripada ibu juga.Â
“Ni mama nak sangat, jadi Kak KM tempah khas untuk mama. Yes bukan senang nak bagi mak menangis, selalu aku yang menangis. Ni berapa je mak, tak sampai RM100,000 pun. Apa la sangat, sayang kaya raya pun sebab berkat doa mak, ni adalah hadiah untuk mak,”
– Kak KM
Perkongsian video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Kak KM sentiasa mengutamakan dan membahagiakan keluarga meskipun dilihat menjalani kehidupan seperti gaya barat.