in

Kajian Cukai Hiburan & Kesan Kepada Industri Filem

Rasanya Budiey tak perlu nak ajukan pertanyaan kepada semua, Budiey kira rata-rata dari kita semua suka menonton movie di pawagam. Tidak kiralah, filem Melayu ke atau filem dari luar negara. Tipulah kalau korang tak suka tengok wayang. Ye lah, walaupun, sekarang ini industri filem terumbang ambing seperti kapal Titanic yang menanti untuk tenggelam, tapi percayalah industri filem masih lagi hidup. Ya, masih hidup! Kalau tak, takdelah penerbit filem masih boleh jadi jutawan, kan? Oppss!

Okay, kalau tak percaya, cuba tengok kat pawagam tu haa, masih ramai lagi yang memenuhi kerusi kat dalam hall. Tak perlu tengok jauh, setiap kali Budiey mengadakan acara Premiere With Budiey, pasti ramai yang nak datang. Oh, terlupa pulak, itu percuma lah, sah-sahlah ramai yang nak datang tengok ye tak? Tapi tak kiralah, itu dah menandakan orang kita suka menonton. Niat nak pergi menonton tu masih ada dalam hati masing-masing. Ini satu petanda yang sihat kepada industri hiburan tanahair.

Pada hari ini, Budiey telah melancarkan satu kajian utk anda semua sertai. Jom layari www.budiey.com dan klik di banner seperti kat atas ni utk isi 8 soalan mudah tentang GST & CUKAI HIBURAN.  TAG YR FREN HERE.  Kalau tak keberatan boleh tak korang REPOST

Namun, apa yang Budiey nak ceritakan di sini. Tentang masa depan kita sebagai pengguna atau pembeli tiket wayang. Ramai yang tidak sedar bahawa harga tiket adalah termasuk Duti Hiburan atau Entertainment Duty sebanyak 25%. Kalau nak kira, nisbah itu sangat banyak sebenarnya. Sepatutnya, takdelah sampai 25% kan? Contohnya: Harga bersih tiket sebenarnya adalah RM8 dan bila ditambah Duti Hiburan 25% jadi RM10. Korang setuju tak dengan pendapat Budiey?

Bayangkanlah kalau tiket tu harga RM10. Duti hiburannya dalam RM2.50. Ramai yang tak sedar pun tentang perkara ini. Sebab bagi kita, pergi tengok wayang untuk suka-suka dan tak perlu nak tahu pun. Kali ini, Budiey kira sudah sampai masanya untuk kita semua peka dan sensitif tentang perkara ini. Bukan apa, ini semua adalah untuk kepentingan kita sebagai pengguna. Kita berhak untuk memberikan pendapat kita secara terbuka tentang perkara ini.

Sekaligus, nisbah yang besar untuk Entertainment Duty ini menunjukkan satu cukai yang berlebihan dan tak sepatutnya dikenakan kepada kita. Lebih banyak kita beli atau guna, lebih banyak pula yang kita kena bayar.

Okay, mungkin ada yang tak tahu apa itu GST… Secara ringkasnya, GST adalah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Good and Service Tax). Di beberapa negara ia juga dikenali sebagai Value Added Tax (VAT) atau Cukai Nilai Tambah.

Sekarang ini GST dikenakan kepada semua industri namun, hanya tiket wayang sahaja yang dikenakan dua cukai iaitu GST dan duti hiburan.

Pada masa kini dan selama ini kita telah membayar dua cukai serentak dalam Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales and Service Tax –SST) bagi setiap barangan dan perkhidmatan yang kita beli.

Kedua-dua cukai ini akan dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan cukai GST berkuatkuasa pada 1 April 2015. Selepas tarikh itu kita hanya dikenakan cukai GST 6% sahaja.

Jadi, apabila GST diperkenal dan duti hiburan tetap ada atau tidak diturunkan, harga tiket akan meningkat lagi 6%. Haa, korang kiralah berapa kita kena bayar untuk sekeping tiket kan? Haa, apa taknya kos untuk menonton wayang akan meningkat sebab moviegoers semua akan bayar dua cukai iaitu Entertainment Duty (25%) dan GST (6%), jadi apabila dicampurkan keduanya, menjadikan jumlah tax terkumpul sebanyak 31%.

Pendek kata, dalam masa akan datang ni, dengan wujudnya GST dan Cukai Hiburan sedia ada ini akan memberikan impak yang besar kepada industri perfileman kerana harga tiket nak masuk pawagam tu dah jadi mahal.

Bagi Budiey, cukai hiburan patut dimansuhkan atau dikurangkan. Siapa setuju sila LIKE entri blog ini, okay. Nak tengok berapa ramai yang setuju dengan pendapat Budiey. Bukan apalah, kalau nak difikirkan, ramai antara penonton yang suka menonton wayang ni adalah di kalangan remaja dan ada di antara mereka yang masih lagi belajar. Jadi, mereka bukannya bekerja dan banyak duit pun nak bayar tiket wayang yang makin meningkat tu. Betul tak?

Budiey menyeru kepada kerajaan dan pihak yang berkenaan agar mengurangkan duti hiburan. Ini adalah untuk kepentingan dan menjamin perkembangan industri perfileman semakin berkembang. Kalau tidak kemungkinan besar, ramai yang tidak akan ke pawagam selepas ini. Banyak sebab Budiey cakap macam tu. Antaranya ramai yang dah suka menonton filem di kaca TV di mana sekarang ini sudah ada platform lain yang lebih mudah dan menjimatkan. Budiey perhatikan, ramai kawan-kawan Budiey pun berpendapat yang sama di mana mereka dapat menonton filem secara percuma di dalam talian. Itulah pasal, Budiey pun tahu, tapi bagi Budiey menonton di pawagam lebih puas hati di mana layarnya lebar dengan kelengkapan mutu bunyi yang dinamik dan mengkagumkan.

Secara tak langsung, dengan harga tiket yang naik dengan duti hiburan bersama pelaksanaan GST nanti akan memberikan kesan yang buruk kepada industri perfileman. Dah lah, dunia perfileman tanahair dilanda macam-macam musibah, tak tentu hala dah sekarang ni Budiey tengok, ada penerbit dah bungkus tikar dan beralih kepada perniagaan lain. Ya, dah tak macam dulu. Dulu meriah Budiey tengok macam-macam filem keluar kat pawagam. Sekarang ni, mana ada dah. Bila GST dilaksanakan, sedikit sebanyak pekerja juga akan terpalit dan memberi kesan yang kurang elok. Itu yang berlaku bila penonton dah tak sanggup nak bayar tiket kerana kata mereka banyak filem Melayu kita tak bermutu dan hanya wajar menonton di kaca TV je.

Budiey jangkakan, apabila tiket wayang dinaikkan nanti (di mana duti hiburan dikekalkan dan GST dilaksanakan), makin ramailah orang akan menonton filem secara haram di mana akan berlakunya berleluasa muat turun secara ‘illegal’ dan mereka akan membeli DVD cetak rompak. Mereka dah tak nak melangkah masuk ke pawagam dan akan menonton movie di internet. Percuma kata mereka.

Mengikut perangkaan, lebih 60 juta penonton akan ke pawagam setiap tahun di Malaysia dan mereka kebanyakkannya adalah golongan muda yang berumur antara 15-35 tahun.

Apakah kiranya di entri ini, Budiey ingin merayu sekali lagi kepada pihak berkenaan agar menurunkan harga tiket dengan pemansuhan atau pengurangan Duti Hiburan.

Kalau setuju atau tak setuju, Budiey harap korang memberikan pendapat anda dengan mengisi borang kajian yang Budiey lancarkan di blog ini. Jom isi borang kajian ni, hanya 8 soalan sahaja. Klik sini: http://goo.gl/forms/uCozqJy0K7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program-Program Radio RTM Bagi 2015

Kata Hati Lana Nordin Dalam Slot Widuri Di TV1