in , ,

Kaitkan Pihak Ketiga, Farid Kamil Mohon Maaf Kepada Diana Danielle & Ibu Mentua

Pelakon, Farid Kamil, 42, memohon maaf kepada isterinya, Diana Danielle dan ibu mentua, Norsiah Ramli susulan kenyataannya kepada media yang ada kaitan dengan pihak ketiga ketika ditemu bual di Mahkamah Tinggi Syariah semalam.

Farid menerusi hantaran di Instagram semalam berkata, dia menarik balik kenyataan yang menyifatkan sebagai ada hubung kait dengan pihak ketiga.

“Saya menarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (Selasa)

“Sekali lagi di bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” katanya semalam.

Semalam, Farid ketika ditemu bual pemberita di perkarangan mahkamah mendakwa terkejut apabila ibu mentuanya tiba-tiba muncul di mahkamah menemani Diana dalam sesi berhubung konflik rumah tangga mereka sebelum ini.

Ujar Farid, Norsiah diminta keluar oleh Diana dari rumah mereka pada tahun 2019 dan bertindak memutuskan hubungan dengan wanita terbabit.

Semalam juga, demi menyelamatkan rumah tangganya, Farid tampil dengan tawaran pendamaian dengan jumlah keseluruhan RM319,700 untuk memujuk Diana.

Tawaran itu merangkumi sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 bernilai RM40,000, dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah dan sudah bertukar menjadi hutang bernilai RM44,000.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BIG STAGE 5

Senarai Peserta Big Stage 2023, Aina Abdul Juri Tetap & Elly Mazlein Jadi Hos

LEGOLAND RAYA

Tema Balik Kampung di LEGOLAND® Malaysia Resort Untuk Beraya