in

Kain Batik Kain Pua Selongkar Dilema Wanita Mualaf

Dilema Wanita Mualaf Dalam Slot Panggung 1 : Kain Batik Kain Pua Di TV1

Bukan mudah untuk menerima hakikat diri dimadukan oleh seorang suami. Apatahlagi jika seorang wanita itu tidak pernah gagal dalam menunaikan tanggungjawab sebagai isteri yang solehah. Hakikat itu pastinya umpama racun yang tumbuh dalam hati menunggu masa untuk mati.

Namun di sebalik peristiwa itu pasti ada hikmah tersembunyi yang mampu menyumbang pengajaran buat semua. Begitu juga kisah dibawakan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot drama tontonan ramai, Panggung 1 bertajuk Kain Batik Kain Pua disiarkan pada 15 September 2012, jam 3.05 petang di TV1.

sedih...dalam Kain Batik Kain Pua

Latar plot kisahnya bukan sahaja berkongsi paparan tentang lara hati seorang wanita apabila dimadukan oleh suami di luar pengetahuannya sebaliknya penonton turut diajak mendalami perasaan wanita mualaf yang berdepan dugaan berat setelah kematian suami. Dirinya bukan sahaja berdepan masalah kewangan malah turut terhimpit dengan penyakit yang dialaminya.

Drama terbitan Unit Drama TV RTM ini menyaksikan lakonan berkesan Wan Nor Azlin, Mahmud Ali Basha, Livonia (Pilih Kasih), Kismah Johar, Putri Mardiana dan Putri Shasha Mashitah.

Kisahnya berkembang selepas kematian Roslan membongkar rahsia Marlia sebenarnya mempunyai seorang madu bernama Nur Lilian, seorang mualaf berbangsa Melayu Sarawak. Marlia terkejut dan sukar menerima kenyataan itu. Dalam hati dia menyimpan dendam yang mendalam terhadap madunya itu.

Dihantui perasaan dendam yang tak sudah, Marlia kemudiannya enggan memberikan hak faraid kepada Nur Lilian. Ini kerana pernikahan arwah Roslan dengan Nur Lilian di sempadan tidak didaftarkan lagi di Malaysia dan ia sekaligus memberikan peluang kepada Marlia untuk membalas dendam dan memuaskan hatinya.

Sebaliknya berlaku dalam diri Nur Lilian yang semakin terhimpit dengan penyakit skizofrenia dan menghadapi kesempitan hidup untuk menanggung seorang anak bernama Vivian. Kehidupan mereka anak beranak terumbang-ambing tanpa bimbingan dan bantuan sesiapa.

Kemuncaknya bila Nur Lilian akhirnya terpaksa mengalah dengan tawaran kembali ke Sarawak untuk bersama keluarganya. Namun syarat yang diberikan oleh keluarganya begitu berat untuk diterima. Nur Lilian dipaksa untuk kembali ke agama asal mereka.

Apakah Maria tetap dengan pendiriannya dan membiarkan saudara baru itu terus hanyut? Mampukah akidah Nur Lilian diselamatkan bila pengorbanan dituntut menjadi galang ganti? Saksikan kesudahan Kain Batik, Kain Pua hanya di TV1.

Wan Nor Azlin ... pelakon utama

babak sedih dalam Kain Batik Kain Pua

bahagia...dalam Kain Batik Kain Pua

adegan dalam Kain Batik Kain Pua

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JEJAKA IDAMAN 2.0 Dikutuk Peminat Asal Raja Ema

Filem Valkyrie Lakonan Tom Cruise Di TV2