Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, anak perempuannya itu membuat pendedahkan mendakwa bekas isterinya tidur bersama teman lelaki.
Adam berkata dia ada menelefon ibu Fatin untuk mendapatkan kepastian mengenai pengakuan anaknya itu. Ibu mentuanya mendakwa Fatin sudah berkahwin senyap-senyap.
“Aku tanya anak aku, mama tahu tak benda ni. Mama merujuk kepada nenek dia. Mama kata jangan cerita family secret dekat orang.
“Aku telefon ibu Fatin, mak mertua aku, apa benda anak mengadu macam ni, end up mak dia cakap deorang sebenarnya dah kahwin bulan 9 ke bulan 8 hari tu tapi belum buat majlis deorang kahwin senyap-senyap.
“Tiba-tiba dapat tahu baru bertunang, kahwin celah mana kau ni, aku baru tahu. Kebetulan pulak dia memang sijil cerai aku. Bila kau nak kahwin baru, kau perlukan sijil cerai, so kau minta dekat aku sijil cerai, jadi maknanya kau belum kahwin. Aku tak tahu siapa yang menipu, mak kau ke kau ke?” katanya.
Dalam pada itu, Adam memberitahu sudah sebulan tidak dapat bertemu dengan anak perempuannya serta memaklumkan dia telah disekat termasuk di media sosial.
“Dah sebulan lebih dan sepatutnya ada jumpa dengan dia, dia suruh datang ambil. Kali terakhir Ivy cakap ’Tomorrow you must come’, tapi rupanya aku dah kena block.
“Tak tahu kat mana dia sekarang. Macam netizen kata kenapa tak tahu alamat rumah. Tahu, tapi for what aku pergi sana kalau mengundang masalah lain.
“Kalau pergi sana tapi jadi hal dengan polis aku menceroboh property orang lain, jadi panjang cerita dan menyukarkan lagi apa yang aku tengah proses sekarang,” katanya.
Diakhir temu bual itu, Adam turut meminta Fatin supaya menghubunginya jika dia menonton video ini seandainya tidak mahu isu berkenaan semakin berpanjangan.
“Aku still nakkan sijil cerai suami pertama kau dulu, aku perlukan. Kalau kau tengok video ni please contact aku kalau kau taknak benda ni semakin parah. Ingat eh, banyak benda eh, jangan aku keluarkan satu persatu,” katanya.