Pada malam Jumaat yang cukup damai ini, Budiey telah menerima kad undangan resepsi yang dihantar sendiri oleh tuan empunya badan, One Sofazr bersama isterinya Ainul Shariza. Terima kasih banyak One sebab sudi menghantar kad jemputan. Walaupun sibuk dengan persiapan, tapi masih sempat hulur kad.
Ringkas kadnya. Siap ada burung twitter dan ambang hati merah love kat muka depan. Sempoi.
Namun, siang-siang lagi Budiey minta maaf tak dapat hadir makan nasi minyak di majlis yang berlangsung pada hari Sabtu ini. Pada hari yang sama, Budiey akan ke Filipina untuk travelogue bersama Mizz Nina dan Noh Hujan bagi merakam sebuah program yang akan disiarkan di Astro tak lama lagi.
Terima kasih atas jemputan. Walaupun Budiey tak dapat datang, gambar sepanjang majlis resepsi ini akan disiarkan nanti.
Apa-apa pun, Budiey ucapkan semoga majlis resepsi One Sofazr dan isteri akan berlangsung dengan lancar. Mesti ramai rakan seperjuangan & geng Sofazr datang. Yang penting korang makan kenyang-kenyang, okay.
Majlis akad nikah telah berlangsung pada hari Sabtu lalu, 29 Oktober 2012, jam 11 pagi di rumah keluarga Ainul di Taman Jaya, Cheras dengan hantaran sebanyak RM10ribu. Pihak lelaki menerima 5 dulang hantaran berbalas 3 dulang hantaran. Baca selanjutnya di SINI.
One Sofazr dan isteri akan diraikan dalam satu Majlis Resepsi pada 6 Oktober ini di Bora Ombak, Ampang. Majlis ringkas dan santai ala bali ini akan diserikan dengan kehadiran kenalan, rakan seperjuangan, keluarga dan media.
Kad Jemputan Resepsi One Sofazr